Friday, May 21, 2010

Anak Siapa la Yang Duduk Di Tengah jalan

Bayi duduk di tengah jalan berseorangan


MIKE HUBBARD mendekati bayi itu.


SAN ANTONIO, Amerika Syarikat (AS) - Satu rakaman kamera video yang disiarkan kelmarin menunjukkan seorang bayi perempuan yang memakai lampin duduk berseorangan di tengah sebatang jalan raya di sini pada tengah malam, lapor sebuah akhbar semalam.

Seorang lelaki yang sedang memandu sebuah bas di jalan itu, Mike Hubbard pada mulanya menyangka bayi tersebut merupakan seekor anjing.

Namun, dia bertindak menghentikan basnya dengan tiba-tiba selepas mendapati bayangan seperti haiwan itu sebenarnya seorang bayi yang memakai lampin.

"Saya tidak dapat mengenal pasti apakah sebenarnya yang terdapat di atas jalan itu. Ia seperti seekor anjing dan bergerak di sekitarnya. Saya mula memperlahankan bas dan kemudiannya saya mengetahui bahawa terdapat seorang bayi di tengah jalan," katanya kepada stesen televisyen WOAI-TV.

Menurutnya, dia kemudian turun dari bas dan mendapati bayi itu mungkin berumur lapan bulan dan matanya besar kerana memerhati bas di hadapannya.

Namun, tiba-tiba, bapanya muncul dan terus melarikan anaknya manakala pemandu berkenaan membuat laporan kepada sebuah agensi perkhidmatan perlindungan kanak-kanak.

Kejadian itu dirakamkan pada Mei tahun lalu oleh kamera video yang terdapat di papan pemuka bas tersebut tetapi hanya didedahkan kelmarin dalam kes untuk mendapatkan hak penjagaan anak itu antara bapa dan ibu bayi berkenaan.

Menurut ibu bayi itu, Catherine Gonzalez, 25, semasa kejadian, dia dan suaminya mendengar bunyi hon dan bas membrek dengan tiba-tiba di luar rumah.

Catherine berkata, dia tidak mengetahui bagaimana anaknya itu boleh keluar dari rumah. - Agensi

sila layari http://www.kachipemas.blogspot.com/

14 comments:

  1. budak tu mamai, atau ibu bapa dia yang tinggal dia kat situ ye

    ReplyDelete
  2. salam ziarah hari jumaat..
    penghulu segala hari..
    moga kita mendapat hikmahnya
    dan di kurniakan kesihatan
    yang baik..

    ReplyDelete
  3. oh..ngok punya abu bapa..apa yg ralit sgt sampai anak kuar ke jalan pun x perasan..

    teruk betul!

    ReplyDelete
  4. huyoo.. kesian bayi tu... lebih baik bg kat org lain yg sanggup jaga dia dgn lebih baik....

    ReplyDelete
  5. kan ada berita kat msia dulu anak lemas dalam sungai sebab tak perasan anak kuar rumah

    ReplyDelete
  6. kadang kadang ibu bapa pi keluar buang air kecil anak dok dalam kereta..itulah jadinya

    ReplyDelete
  7. dasyatnya..sampai leh tak teperasan ank uar dari rumah..ishk2

    ReplyDelete
  8. adoyai...mcm mne parents dye blh lalai mcm tuh..

    ReplyDelete
  9. mlm tadi tgk juga kat berita cerita nih..nasib baek bas 2 xlanggar

    ReplyDelete
  10. kawan saya dulu.anak dia keluar dari kereta buka pintu kereta keluar ,,and then motor langgar ..luka dan jahit d kepala ...mujur lah tak parah..

    ReplyDelete
  11. itu perlunya, ibubapa sentiasakan anak2 terutama yang masih kecik,.mereka tak dapat memahami keadaan disekeliling mereka dan penglihatan mereka tentunya terbatas,. nasib sempat brek,.kalau tak,.

    ReplyDelete
  12. ni yang masuk dalam buletin utama hari tu. Ape kes la ni ye, tak faham betul la

    ReplyDelete
  13. bahaya la kan kalau rumah tepi jalan raya pastu ada anak kecil.

    ReplyDelete

Admin Blog Ini Tidak bertanggung Jawab ke atas komen anda yang menyinggung perasaan orang lain..