BEIJING - Seorang budak lelaki China berusia enam tahun, Ming Ming terselamat daripada jatuh dari flat lapan tingkat di Yichang hanya disebabkan oleh cuping telinganya yang besar menyebabkan dia tersangkut pada palang besi di tepi tingkap, lapor sebuah akhbar semalam. Kejadian berlaku ketika mangsa dipercayai cuba menjenguk dari tingkap untuk melihat datuknya yang keluar bekerja pada waktu pagi sebelum dia tergelincir, baru-baru ini. Namun, Ming Ming bernasib baik apabila kedua-dua belah telinganya tersangkut pada penghadang palang besi menyebabkan dia menjerit dengan kuat untuk meminta pertolongan.
Anggota-anggota bomba kemudiannya bertungkus-lumus menyelamatkan Ming Ming dengan menggunakan sejenis alat pengembang tekanan bagi membesarkan palang besi itu. Dia berjaya ditarik semula ke dalam rumah tanpa mengalami sebarang kecederaan. Jurucakap pasukan bomba, Wang Shen berkata, usaha menyelamat Ming Ming amat menakjubkan. Menurutnya, budak itu mungkin terjatuh atau mengalami sesak nafas semasa tergantung di palang tersebut. - Agensi . Abu Luqman . Hidup dan mati adalah hak Allah yang berkuasa..sekiranya belum sampai ajalnya , walau jatuh setinggi mana pun. kalau Allah belum izinkan maka ia/kita masih hidup sampai hari ini . Tapi " apabila ajal kamu tiba, aku tidak akan ubahkan walaupun satu saat "
wahh..nasib baik selamat.. dahsyat2..
ReplyDeletestp kejadian yg Allah kurniakan pasti ada hikmah yg tersembunyi di sebaliknya...
ReplyDeletesalam anda..
ReplyDeleteberpantang maut sebelum ajal
kelebihan yang Allh beri bagi yang tahu mengsyukurinya..
wah... incredible.. =)
ReplyDeletesungguh besar keajaiban tuhan
takde ker budak tersangkut kerana batang hidung pulak?
ReplyDeletebagus juga ada teliga besar.. (^_~)V
ReplyDeletebetul tu..ajal maut ditangan allah...
CL orang padag chempeda jiran lah kita yerk..hehehhe