Tuesday, May 4, 2010

Ugut Bunuh Nik Aziz, Lelaki Ditahan

KUALA LUMPUR - Polis menahan seorang lelaki yang disyaki terlibat menyiarkan komen berbaur ugutan bunuh terhadap Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam laman sosial Facebook.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zulkarnain Abdul Rahman berkata, lelaki yang berumur dalam lingkungan 20-an itu diberkas sepasukan polis di Butterworth, Pulau Pinang kelmarin.
"Sepasukan polis menahan suspek itu di satu kawasan di Butterworth pada pukul 9 malam berhubung kes penyiaran ugutan bunuh terhadap Nik Abdul Aziz," kata beliau ketika dihubungi semalam. Beliau berkata, polis akan melakukan siasatan bagi mengetahui sama ada suspek adalah pemilik sebenar laman sosial itu dan juga individu yang bertanggungjawab menyiarkan ugutan bunuh terbabit.
Abu Luqman, apa pun kalau dah marah , janganlah sampai ugut nak bunuh, kalau ugut dalam Facebook , secara terbuka begitu ,inilah akibatnya. Sebelum melakukan sesuatu yang buruk berfikirlah , jangan ikut hawa nafsu. " Kalau ikut hati, mati, kalau ikut nafsu , lesu " wahai teman ku berfikirkanlah sebelum melakukan sesuatu. Sebagai penulis di laman blog kita harus berhati hati dalam penulisan kita. Penulisan dalam blog mahu pun Fb ianya adalah sebagai satu hobi bagi merelaikan kekususan dalam minda . Think about it........and you ask for it...yeah.......

sila layari http://www.kachipemas.blogspot.com/

1 comment:

Admin Blog Ini Tidak bertanggung Jawab ke atas komen anda yang menyinggung perasaan orang lain..