Harta Presiden Uruguay cuma bernilai RM6,200
MONTEVIDEO - Presiden baru Uruguay, Jose Mujica mungkin menjadi salah seorang pemimpin paling miskin apabila beliau mengisytiharkan harta kekayaan miliknya ialah sebuah kereta Volkswagen Beetle.
Kereta itu berusia 23 tahun dan bernilai kira-kira AS$1,900 (RM6,220).
Menurut deklarasi hartanya, bekas pemimpin gerila itu tidak mempunyai akaun bank dan aset lain. Manakala sebuah ladang bunga yang kecil pula diletakkan atas nama isterinya.
Pendapatan yang dilaporkan dalam deklarasi itu hanya gajinya sebagai Presiden iaitu kira-kira AS$11,000 (RM36,014) sebulan.
Presiden tersebut memberikan 20 peratus daripada pendapatan bulanan itu kepada pergerakan politiknya.
Beliau yang berumur 75 tahun menjalani kehidupan dengan penuh kesederhanaan.
Gaya hidup Mujica berbeza dengan Naib Presidennya, Danilo Astori yang mengisytiharkan kekayaannya sebanyak AS$250,000 (RM818,499). Ini termasuk sebuah rumah dan kereta yang bernilai 10 kali ganda daripada kereta Volkswagen Beetle tersebut. - AP
Abu Luman, Islam menganjurkan amalan hidup dalam kesederhanaan , pemimpinan seperti ini sebagai contoh yang dapat dilihat membimbing sesebuah negara kearah kesederhanaan. Cotoh kehidupan yang diamalkan Oleh pimpinan tuan guru di negeri Kelantan..rakyat hidup senang dalam pentadbiran yang sederhana
sila layari http://www.kachipemas.blogspot.com/
Berusahalah untuk menjadi pemimpin yang sederhana
ReplyDeleteBiar miskin harta tapi kaya dengan budi dan bahasa
ReplyDeleteAlangkah bagusnya, jika semua pemimpin dunia islam dapat mencontohi presiden Uruguay ni. W/pun bkn islam tpi kesederhanaannya menepati kehendak islam.
ReplyDeletePemimpin sekarang nie nak ada klas dan nampak hebat ye
ReplyDeletebagusnya pemimpin di sana..alangkah baiknya kalau semua pemimpin sederhana harta tapi tinggi sumbangan pada rakyat.
ReplyDeletemahal lagi motor honda pak guard.
ReplyDeletesederhana betul, susah nak cari pemerintah macam ni zaman sekarang.
sekrang, nama je pemerintah.mesti sekali dengan family, anak saudara, cousin semua nya kaya-raya, ada class tersendiri
yes semua betul ..sama dengan firasat orang kampung...adilah seperti khalifah omar bin abdul aziz..tak kaya pun...beliau mati ada kain kapan je...
ReplyDelete