Wednesday, June 9, 2010

Maafkan Aku Ya Allah Atas Ketelanjuran dan Kealpaan Ku Selama ini..

“ Ternyata Tuhan masih menyayangi saya apabila Allah telah memberi Hidayah dan membuka pintu hati saya untuk kembali bertaubat “

Satu ketika dahulu, nama Malek Noor memang tidak asing lagi dalam kalangan rakyat Malaysia. Pelbagai kejayaan diraih beliau dalam arena sukan bina badan sama ada di peringkat kebangsaan mahu pun antarabangsa menjadi satu kebangaan Negara.

Antara pencapaian terbaik beliau tertinggi beliau termasuklah bergelar jaguh bina badan heavyweight Asia ( Mr Asia ) sebanyak 6 kali , finalis Mr Universe (2X) Mr Asean ( 4X ) Mr Malaysia ( 6X). Namun beliau hanyut dalam dunia glamournya dan lupa asal usulnya sebagai seorang Islam.

Namun segala kemasyhuran dan kemewahan yang dikecapi membuatkan beliau alpa dengan kehidupan duniawi yang bersifat sementara sehingga mengabaikan kewajipan sebagai umat Islam lain. Bahkan lebih teruk, Malek mengakui hidupnya seperti orang yang tiada pegangan agama sewaktu behijrah ke luar Negara iaitu Hong Kong dan Amerika Syarikat selama lebih 30 tahun.

Awal tahun 1990 an, selepas puas mengecapi kejayaan demi kejayaan dalam sukan bina badan, saya mengambil keputusan untuk berhijrah ke luar Negara . bermula dari situlah detik ssaya melupakan Tuhan “sepenuhnya”.

Apa yang diharamkan agama semua saya lakukan. Sembahyang puasa dan ibadah -ibadah yang lain semua ditinggalkan. Saya hidup bagaikan tiada agama. Keinsafan tidak pernah terbit dibenak hati saya, malah menjadi angkuh dengan segala kurniaan-Nya.”

Beliau menceritakan bagaimana beliau tergamak masuk ke gereja semata-mata untuk mendengar ajaran paderi agama Kristian. Bukan sekali dua tetapi berkali kali sehingga Malek sering mengikuti upacara yang dijalankan. Beliau boleh ikuti ceramah paderi dan minum wain merah serta makan cip yang diberi oleh paderi di gereja yang di kunjungi.

Malek mengaku sejak berusia 12 tahun dan sehingga umur meningkat 46 tahun , sebenarnya beliau tidak pernah berpuasa apa lagi solat 5 waktu sehari semalam. Walaupun perbuatan yang bergitu teruk telah saya lakukan tanpa rasa bersalah ,tatapi ternyata Tuhan masih menyayangi saya apabila Allah telah memberi Hidayah dan membuka pintu hati saya untuk kembali bertaubat.

Menceritakan detik detik cahaya keimanan mula bersinar di hatinya. Malek memberitahu apabila usia semakin meningkat, jiwanya ,mula meronta ronta untuk mengubah gaya hidup Barat yang dijalaninya. Malek sering didatangi mimpi mnimpi ngeri seperti dibakar api neraka, tubuhnya dikelar kelar dengan besi panas dan banyak lagi. Kemudian satu demi satu musibah mula melanda dirinya membuatkan hati kecil nya mula berbisik. “ Mungin inilah ujian Allah kerana . Dia mahu aku kembali menjadi muslim sejati.

Bagaimana pun insiden yang berlaku pada tahun 2002 merupakan titik tolak kepada penghijrahan Malek yang sebenar. Ketika itu beliau hanya berseluar pendek dan berdiri di balkoni Penhouse miliknya yang menghadap Menara Berkembar Petronas KLCC. Sedang asyik memerhatikan pemandangan luar, tiba tiba saya terdengar laungan azan yang berkumandang dari masjid berhampiran dan ia terus menusuk ke dalam kalbu saya.

Waktu itu saya seperti orang gila apabila ke hulu ke hilir di dalam rumah tanpa mengetahui apa yang dicari. Kemudian saya menangis sepuas puasnya sebelum mengambil wuduk dan terus menunaikan solat Magrib walaupun tidak pasti ia menepati rukun atau tidak. Maka bermula pada sat inilah Malek mula mendapat Hidayah Allah dan mula mengenal Islam…..sila rujuk Kosmo selasa 8 Jun 2010.. untuk cerita lebih menarik..sbb nak taip banyak ye…

Abu Luqman, pada abang Malek saya ucapkan syukran, setelah membaca terasa sebak didada dan mengalirkan air mata kesyukuran kehadrat ilahi , semoga Abang Malek beristiqamah dalam perjuangan tuan. Sesiapa yang ada link dengan Abang Malek sila emailkan artikel ini.. Allahuakhbar

sila layari http://www.kachipemas.blogspot.com/

18 comments:

  1. memang tersentuh membaca sisipan akhbar ini semalam

    ReplyDelete
  2. entri boleh buat orang insaf...
    terima kasih...

    ReplyDelete
  3. Memanglah Tuhan Berikan Syurga Dunia semewahnya....diberikan semua kesenangan dunia... jika kita hanyut? Maka Sama lah kita mcm sikafir tu...

    ReplyDelete
  4. Hanya Allah sahaja yang dapat memberi hidayah kepada seseorang :

    ReplyDelete
  5. subhanallah.. sesungguhnya hidayah tu datang tak kira dimana kan?? semoga malek nor terus kekal dijalanNya. aminnnn.

    tetapkan ya Allah hati-hati kami dijalanMu dan sentiasa selari dengan ajaran Rasullullah SAW.

    ReplyDelete
  6. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  7. Terima Kasih Kerana beri komen

    Ibnu jamaluddin

    Yiedpozi

    Nur Shuidah

    ReplyDelete
  8. Pintu taubat sentiasa terbuka..
    Hidayah Allah itu sangat luas..
    Subhanallah..

    ReplyDelete
  9. alhamdulilah...dia nak berubah..entri yg menarik..

    ReplyDelete
  10. Salam buat semua

    Terima Kasih

    Ron : Allah maha kaya

    Nisa : Berserah kepadaNya

    Hani : Kalau tak berubah umur 60 pun camtu juga ye

    ReplyDelete
  11. alhamdulillah semoga kita semua diberi hidayah juga =)

    ReplyDelete
  12. alhamdulillah...moga kita menjadi muslim yg lebih baik jga...insyaAllah

    ReplyDelete
  13. Alhamdulillah..kita ni pun selalu jugak terlalai...ada baca kat Kosmo..Syukurlah...

    ReplyDelete
  14. seeloknya aib kita jgn cerita..

    ReplyDelete

Admin Blog Ini Tidak bertanggung Jawab ke atas komen anda yang menyinggung perasaan orang lain..