Tuesday, July 6, 2010

Bekas Juara Tinju Dunia Menagis Di Raudah, Masjid Al Nabawi, Madinah



TYSON dengan pakaian ihram bersiap untuk ke Makkah bagi menunaikan umrah, semalam.

Bekas juara tinju heavyweight dunia, Mike Tyson, kelihatan menangis ketika berada Raudah semalam dan menganggap dirinya bertuah kerana berada di satu daripada taman syurga.

Lawatan Tyson ke Arab Saudi untuk mengerjakan umrah ditemani Ketua Persatuan Dakwah Kanada, Shahzad Muhammad.

Kata Shahzad, Tyson menjadi begitu emosional ketika mengucapkan salam kepada Rasulullah (SAW) “Dia menangis lebih setengah jam ketika berdiri di depan makam Nabi sambil mengangkat tangannya.

“Tyson terus berada di kawasan Raudah selama beberapa jam untuk bersolat, membaca al-Quran dan berzikir,” katanya, semalam.

Dia kemudian menukar pakaian untuk mengenakan ihram sebagai persediaan mengerjakan umrah.

Sementara itu, kedatangan Tyson menarik perhatian orang ramai yang berpusu-pusu untuk melihatnya dari dekat.

Sesetengah pihak sanggup menunggu berjam-jam di hotel didiaminya berhampiran Masjid Nabawi semata-mata mahu mengambil gambarnya.

Malah, dia terpaksa diiring pengawal keselamatan untuk ke masjid bagi menunaikan solat Zuhur kerana orang terlalu ramai berada di laluan berkenaan.

Tindakan Tyson mengenakan tutup kepala bagi mengelak daripada dikenali juga gagal dan dia terus diekori peminatnya.

Tyson berkata, dia memang gembira diterima baik orang ramai di Tanah Suci.

“Cuma, saya harap tidak diganggu dan biarkan saya menikmati pengalaman beribadah di sini,” katanya.

Selain Masjid Nabawi, Tyson turut meluangkan masa menziarahi Masjid Quba, Masjid Qiblatain (Masjid Dua Kiblat) dan Universiti Islam Madinah. Tyson memeluk Islam ketika di penjara selepas didapati bersalah mencabul kehormatan seorang model kulit hitam.

Ketika berada di Kazakhstan minggu lalu, bekas peninju itu berkata, dia amat takut kepada Allah. - Agensi/ Sedaka Sejahtera..

19 comments:

  1. Allah hu akhbar...semoga Allah terus memberi hidayah kepadanya

    ReplyDelete
  2. salam..
    subhanallah..
    bila la masa kita
    pula nanti...

    ReplyDelete
  3. semoga Allah memberi kekuatan kepadanya

    ReplyDelete
  4. semoga Allah terus memberikanya Hidayah

    ReplyDelete
  5. tattoo kat muka dia dah xde ke?

    ReplyDelete
  6. semoga allah menambahkan kekuatan iman kepadanya

    ReplyDelete
  7. alhamdulillah, dah islam sorang lagik public figure

    ReplyDelete
  8. Subhanallah, siapapun akan merasakan hal yang sama ketika bersimpuh dan bermunajad di Taman Surga Raudha

    ReplyDelete
  9. Allah maha pengasih lg maha penyayang..

    ReplyDelete
  10. Serahkan kepada Maha Adil...dia yang memberi hidayah ...moga Allah memberi keberkatan dan kasihsayangNYA

    ReplyDelete
  11. baru tau dia islam..

    syukur laa

    :)

    ReplyDelete
  12. av...tq.tatoo tak jadi masalah.boleh buang kan

    to all my friend..terima kasih ye

    ReplyDelete
  13. Maha kuasa Allah yg m'beri hidayah kpd ssiapa yg dikehendaki-Nya..

    ReplyDelete
  14. salam

    alhamdulillah....

    saya dah baca kisah ni semalam

    biasanya org yg baru kenal islam ni akan lebih hargai dan celik dari org spt kita yg islam kerana nenek moyang?
    betul ke?
    sebab kita tak berapa nak belajar dan kaji mengapa kenapa asal usul islam dan siapa diri kita...
    semoga kita yg islam kerana nenek moyang ini juga lebih lagi kenal siapa kita dan siapa tuhan kita dan siapa rasul dan isi2 kandungan al quran...
    insyAllah

    ReplyDelete
  15. tyson sngt bertuah dapat duduk dlm raudah berjam-jam disitu, sis dulu dapat duduk di situ lebih kurang 5 minit je... tak sempat nk solat pun... apa pun sis sngat bersyukur dapat juga jejak kaki di situ.. Alhamdulillah..

    ReplyDelete
  16. salam,

    semoga beliau menjadi mukmin sejati..

    ReplyDelete
  17. Hi, Visiting here..Very nice..luv ur blog...Very special for u.. Don’t Miss it!

    ReplyDelete
  18. tyson dah pi umrah..
    saya ntah la bila..
    duit tak cukup lg..

    ReplyDelete

Admin Blog Ini Tidak bertanggung Jawab ke atas komen anda yang menyinggung perasaan orang lain..