Friday, August 27, 2010

Isu Bakar Bendera Malaysia, Kita Jangan Melatah


Kita sbagai rakyat Malaysia melahirkan rasa kecewa dengan tindakan penunjuk perasaan daripada kumpulan Benteng Demokrasi Rakyat (Bendera) melempar najis manusia ke kawasan Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta Isnin lalu.

Menurut Datuk Anifah Aman , Menteri Luar Malaysia ,"Sudah tentu beliau amat kecewa. Kita berpendapat adalah salah bagi mereka bertindak sedemikian.

"Namun beliau mempunyai keyakinan dengan pihak berkuasa Indonesia. Beliau (Perdana Menteri) yakin terhadap Presiden (Susilo Bambang Yudhoyono) bahawa perkara ini akan diselesaikan," katanya.

Anifah menyatakan demikian kepada pemberita selepas menerima kunjungan rombongan Duta Belia 2010 Indonesia di Wisma Putra di sini semalam.

Dalam kejadian itu, penunjuk perasaan daripada kumpulan Bendera dipercayai bertindak sedemikian bagi menunjukkan kemarahan terhadap Malaysia terutama berhubung penangkapan tiga pegawai Kementerian Kelautan dan Perikanan Indonesia (KKP) yang didakwa menceroboh perairan Malaysia baru-baru ini.

Anifah memberitahu, mesyuarat Kabinet semalam sepakat untuk menyelesaikan perkara itu secara baik dan meminta rakyat Malaysia supaya bersabar dan bersikap rasional dengan mengelak kejadian yang sama di negara ini.

syukur Alhamdulillah saya berbangga sebagai rakyat Malaysia , kita tidak melatah dan membalas dendam, itulah pemikiran rakyat Malaysia yang propesional dan berfikiran terbuka.. Rakyat kita pun pernah kena tangkap dekat perairan Thailand dan Indonesia..kita tida berdemontrasi pun. Apa pun tahniah kepada rakyat Malaysia yang tidak membalas dendam kepada rakyat Indonesia.

Apa yang berlaku adalah rentetan ketidak puashatian mereka terhadap layanan rakyat Malayisa terhadap pembantu rumah Indon dalam isu penderaan dan juga gaji minimum pembantu rumah...apa pun sikap cool kita mendewasakan kita....

15 comments:

  1. Bercakap pasal isu bendera ni..cuba klik kat sini => http://iznulmuazim.blogspot.com/2010/08/bile-lagi.html

    ReplyDelete
  2. Malaysia ku permai dan Indah..kita buka buat salah apa...

    ReplyDelete
  3. mintak maaf cakap eh...
    kita rakyat Malaysia sgt terkenal dengan kesopanan dan kesantunan..lebih mengutamakan jiran2 di negara luar..kita bangga dengan nilai2 ketimuran yang kita junjung..
    mungkinkah kita perlu kaji langkah yang sesuai untuk elakkan benda ni dr berlaku lagi.. orang dah bakar dan pijak2 bendera kita, lambang negara kita..

    ReplyDelete
  4. Rakyat INDONESIA ni memang kurang ajar, perangai macam jakun baru keluar dari hutan..rakyat kita tak pernah pun bakar bendera mereka..

    Boikot semua yang berkaitan dengan INDONESIA.....

    ReplyDelete
  5. tiada guna kita melatah..lebih baik berfikir secara rasional..

    ReplyDelete
  6. betul2..setuju sgt dgn keyyah...=)
    nak pulak bln2 pose nie...buat kurang pahala je..

    ReplyDelete
  7. lebih baik menari ikut rentak kita sendiri bukan mengikut rentak yang dibawa oleh orang lain
    ...tak gitu?

    ReplyDelete
  8. Orang depa ni kalau marah memang over, dari dulu nak menang ke depa saja. Tapi itulah, jangan pulak kita melatah.

    ReplyDelete
  9. sekarang ni dia orang dok kat malaysia dah 1 juta..bila nak balik tak tau

    ReplyDelete
  10. setuju ngan Keyyah ..bukan sekali ntah ..berkali2 x terkali

    ReplyDelete
  11. hOo.. orang buat jahat dekat kita, tak semestinya kena balas jahat.. fikir dengan rasional..

    yeah.. cool itu best! =0

    ReplyDelete
  12. dia orang nie..dah lah masuk secara haram....ada yang dapat Pr pulak tu

    ReplyDelete
  13. Kesabaran itu senjata Rasulullah...jadi siapakah sebaik2 manusia harus kita contohi...harap kesabaran dan keimanan dapat menjadi senjata dan benteng di fikiran kita

    ReplyDelete
  14. terima kasih kepada semua rakan blogger yang memberi hujah dan pendapat masing masing..tq rasional.semuanya masih berfikiran terbuka

    ReplyDelete
  15. Kepada rakyat indonesia tolong jangan mengaibkan lagi simbol negara kami..ia amat menyinggug perasaan kami..selesaikan masaalah di meja perundingan.ok..harap rakan rakan bloger kedua-dua negara ini tidak terikut-ikut budaya ini..kerana ini adalah budaya barat...serlahkan budaya ketimuran kita iaitu bermesyuwarah..salam serumpun..

    ReplyDelete

Admin Blog Ini Tidak bertanggung Jawab ke atas komen anda yang menyinggung perasaan orang lain..