Friday, August 13, 2010

Sampai Hati , Guna alkohol dalam sajian masakan

( Gambar Hiasan )

PUTRAJAYA – Sebuah hotel bertaraf lima bintang di sini yang dipercayai menggunakan bahan memasak mengandungi alkohol telah dinasihatkan supaya menghentikan penggunaan bahan itu oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) semalam.

Bagaimanapun, menurut Penolong Pengarah Cawangan Pemantauan dan Penguatkuasaan Jakim, Mohd. Amri Abdullah, hotel itu tidak pernah memohon sijil halal daripada Jakim sebelum ini.

“Mereka memang tidak pernah mohon sijil halal dengan Jakim, tetapi mereka ada sediakan bufet Ramadan. Jadi, kami bimbang jika bahan memasak mengandungi alkohol itu digunakan untuk menyediakan bufet tersebut,” katanya.

Semalam, hasil pemeriksaan Jakim menemui satu botol sos dan kicap yang tertulis mengandungi alkohol dalam peti sebuah dapur hotel berkenaan.

Pemeriksaan itu dilakukan oleh Jakim di hotel-hotel yang menyediakan hidangan bufet sempena Ramadan untuk meninjau sama ada hotel-hotel itu mematuhi garis panduan halal yang ditetapkan Jakim.

Difahamkan, hotel berkenaan turut menyediakan makanan barat dan Cina untuk tetamu dan pelanggan.

“Kami memohon kerjasama daripada pihak hotel supaya memberi komitmen untuk kami memberi tunjuk ajar mengenai hidangan halal untuk orang Muslim,” katanya.

Sementara itu di Ipoh, sebuah restoran stim bot terkenal di bandar raya itu diserbu penguat kuasa kerana disyaki menganjurkan bufet Ramadan tanpa sijil pengesahan halal sah. Kosmo

13 comments:

  1. itulah kalau makan kat hotel ...masakan dia mcm tulah..was was..kalau dalam Islam Was was..tak yah pi makan ye

    ReplyDelete
  2. Salam......bila difikir rase buntu kerana undang2 seakan amat longgar terhadap perkara sebegini..tapi sebenarnya kalau kite kuatkan semangat dan cintakan Islam..kita rela berjalan jauh mencari yang halal dari menjamu yang was22 di depan mata!Apapun teruskan info tentang perkara ini!

    ReplyDelete
  3. susahla orang sekarang..hanya tau mau untung je...better masak di rumah kan..terjamin kualiti kebersihan...

    ReplyDelete
  4. makan kat rumah je la..
    masak nasi putih + telur dadar..
    jadi la...

    ReplyDelete
  5. 4 all
    Assoy Tq your comen

    Nabilah : Makacih ye...dirumah beter

    Amira : Betul i wife masak je

    Nur Qastina : makan kat rumah syok tengok budak budak punya hal...

    ReplyDelete
  6. Bila pihak authority ada maklumat, depa pulak tak cukup kuasa nak ambik tindakan. Setakat bagi amaran ingat hotel tamak nak untung besar diorang peduli ke? Sekurang-kurangnya dedahkan saja nama hotel tu, lantak pi la depa. Apa pun berbalik kepada kesedaran diri sendiri, nak harapkan semua kat depa pun tak boleh jugak.

    ReplyDelete
  7. aduh~hampeh betul~~orang nak berbuka,dia bagi makanan haram~emm

    ReplyDelete
  8. susah la zaman skang niu, banyak diorg pentingkan keuntungan berganda musim beulan puasa.

    baik makan di rumah saja jgn makan di hotel. yakin dijamin halal.

    ReplyDelete
  9. FPihak berkaitan..kena buat serbuan lebih kerap ye..maaf jgn marah ye.saya pun keja juga

    ReplyDelete
  10. Salam..nilah ragam hotel-hotel bila tibanya Bulan Ramadhan.Aspek halal-haram ditolak ke tepi,yg penting untung drpd pakej-pakej bufet Ramadhan.Saranan supaya semua hotel-hotel di malaysia perlu dpt lesen sijil halal drpd JAKIM amat-amat perlu & diwajibkn...

    ReplyDelete
  11. senang2 makan kat umah je laa dengan family

    ReplyDelete
  12. sebahagian umat memang makan dan minum di tempat2 seperti itu
    -umat yang taat tak payah le masuk ke sana

    ReplyDelete

Admin Blog Ini Tidak bertanggung Jawab ke atas komen anda yang menyinggung perasaan orang lain..