Monday, September 13, 2010

4 mengaku bunuh, bakar Sosilawati


PEJABAT peguam di Jalan Kemboja, 33 Off Jalan Sultan Ahmad Shah di Banting dipercayai milik peguam Patmanaban (gambar kecil) yang ditahan bagi membantu siasatan kes bunuh Sosilawati.

Peguam ada harta luar biasa


BANTING - Pembunuhan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga lelaki amat mengejutkan negara kerana kejadian itu turut menyaksi seorang peguam, Datuk K. Patmanaban, 41, yang dikenali ramai di daerah ini ditahan bagi membantu siasatan.

Peguam dari firma Pathmanalli & Partners beralamat di Jalan Kemboja, 33 Off Jalan Sultan Ahmad Shah di sini telah ditahan bersama adik lelakinya, dua wanita serta empat yang lain, termasuk pekerja ladang mereka.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd. Bakri Zinin berkata, Datuk itu dipercayai memiliki harta yang luar biasa dan siasatan akan dilakukan secara rapi termasuk menyelidik akaun bank milik peguam itu.

"Kita akan semak akaun Datuk itu dan sedang fikirkan keperluan untuk membekukan asetnya," kata beliau.

Bagaimanapun, katanya, peguam itu tiada rekod jenayah..Sumber kosmo

8 comments:

  1. semoga polis dapat menangkap pembunuh tersebut

    ReplyDelete
  2. pembunuhan yang sungguh kejam, zalim dan tak berperikemanusiaan..

    ReplyDelete
  3. Peguam yang sangat licik..aduii..apa nak jadi dgn dunia sekarang ni...

    ReplyDelete
  4. mmg licik pun.. mudah utk padam rekod2 jenayah sndiri kn...

    ReplyDelete
  5. semoga pembunuh mendapat hukuman yg setimpal..

    ReplyDelete
  6. tq semua..dengar cerita..peguam tu..mempunyai harta bernilai ratusan juta ringgit...

    ReplyDelete

Admin Blog Ini Tidak bertanggung Jawab ke atas komen anda yang menyinggung perasaan orang lain..