Wednesday, September 29, 2010
Hebat ...Pemandu lori Telah ditipu rakan RM1.7j
MICHAEL (berdiri dua dari kanan) menunjukkan senarai hutang yang terpaksa ditanggung oleh Seik Kuang (kanan sekali) selepas ditipu oleh rakannya di pejabat Biro Pengaduan Awam MCA, Kuala Lumpur semalam.
KUALA LUMPUR - Seorang pemandu lori berpendapatan Rm2,500 sebulan mendakwa dirinya berhutang sebanyak RM1.7 juta selepas ditipu seorang kenalan lelakinya yang berjanji menjadikan dia usahawan buah-buahan kira-kira dua tahun lalu.
Pengerusi Biro Aduan Awam MCA, Datuk Micheal Chong berkata, Lim Seik Kuang, 51, ditipu rakannya yang dikenali sebagai Ah Hock sejak 2008 selepas mendakwa diminta menandatangani dua dokumen perjanjian yang kononnya diperlukan untuk membuat pinjaman perniagaan.
"Seik Kuang yang tidak tahu berbahasa Inggeris hanya menandatangani dokumen tersebut tanpa bertanya kandungan dokumen itu.
"Ah Hock menipu Seik Kuang dengan mengatakan dokumen itu bagi tujuan pinjaman bank untuk memulakan perniagaan," kata beliau kepada pemberita di pejabatnya di sini semalam.
Micheal berkata, Seik Kuang turut diminta supaya menukar alamat dalam kad pengenalan kononnya bagi memudahkan proses pinjaman tersebut.
"Lelaki itu menyuruh Seik Kuang menukar alamat di kad pengenalan yang baru dengan alasan setiap pinjaman bank yang ingin dibuat mesti disertakan dengan maklumat latar belakang," kata beliau.
Lelaki itu juga memberikan Seik Kuang antara RM200 hingga RM300 setiap kali lelaki itu menandatangani dokumen di bank dan ini menyebabkan dia mempercayai lelaki tersebut.
Seik Kuang hanya menyedari dirinya ditipu setelah menerima satu khidmat pesanan ringkas (SMS) dari sebuah bank pada 20 September lalu kerana dikatakan terlewat membayar ansuran bulanan kereta sedangkan dia tidak memiliki kenderaan berkenaan ketika itu. KOSMO
rm1.7juta..banyak tu, macam2 penipuan org sanggup buat..takutnye..
ReplyDeleteBanyak tu..
ReplyDeletemcm2 jenis org kat luar sana..
ReplyDeleteeven kawan sendiri yg tahu kesusahan lelaki tersebut sggup lagi menipu kawannya tuu..kalu yg kene tipu tu cina kaya, mmg x rak heran punya..
so, wa hav 2 be aware...moga Allah melindungi kita..
pemandu ada 1.7 juta? kaya bawa lori rupanya..iks..
ReplyDelete