Saturday, September 25, 2010

Nasib malang penjamin hutang


WAN HANAPI menunjukkan dokumen bank sebagai penjamin dan foto rakan sekerjanya yang didakwa menyebabkan dia diisytiharkan muflis di Kuala
Lumpur semalam.

KUALA LUMPUR - Niat baik seorang pekerja syarikat keselamatan menjadi penjamin kepada seorang rakan sekerja yang mahu membeli sebuah kereta Proton Iswara berharga RM26,000 kira-kira 13 tahun lalu mengundang padah apabila dia kini diisytihar muflis oleh pihak bank.

Lebih teruk, wang hasil jualan rumah pusaka milik keluarganya di Setapak yang sepatutnya dibahagi sama rata dengan tujuh adik-beradik baru-baru ini turut dirampas pihak bank bagi melunaskan hutang itu yang meningkat sehingga RM70,000 selepas beberapa tahun tertunggak.

Pengawal keselamatan terbabit, Wan Hanapi Wan Salleh, 57, berkata, dia berasa terkilan kerana pihak bank tidak mengambil tindakan terhadap rakannya yang masih bekerja bagi melunaskan hutang tersebut, sebaliknya merampas wang hasil jualan rumah pusaka keluarganya.

"Saya juga mengalami masalah untuk pulang ke kampung keluarga isteri saya di Indonesia kerana dilarang keluar negara selepas diisytihar bankrap," katanya ketika ditemui Kosmo! di sini semalam.

Wan Hanapi berkata, lebih membingungkan, dia telah memaklumkan kepada pihak bank tentang lokasi dan pekerjaan rakannya di Jerteh, Terengganu tetapi pihak bank tetap mengambil tindakan terhadapnya.

Dia yang merupakan seorang pesara tentera percaya pihak bank bertindak demikian kerana mahu mengambil jalan mudah memperoleh semula hutang kereta tersebut meskipun pembeli sebenar kereta berkenaan masih bekerja.

Jelasnya, lebih membebankan, meskipun hutang RM70,000 itu sudah dijelaskan tetapi dia masih perlu membayar RM4,000 jika mahu dilepaskan daripada pengisytiharan bankrap. Sumber KOSMO

16 comments:

  1. bajet kaye nak pinjam.. ceh.. pastu nyusahkan org lain

    ReplyDelete
  2. alamak kita pun jamin orang gak ni, jamin org belajar huhu

    ReplyDelete
  3. kesian pakcik tu...tak guna punya bank...

    ReplyDelete
  4. lps ni nak jamin tengok orang dulu..jamin abang pun kantoi.........huhh...

    ReplyDelete
  5. mmg bahaya jd penjamin...org tue x byr kita yg kena..

    ReplyDelete
  6. ayah sy pon dah muflis skrg
    kes sama mcm pak cik nih
    org yg di jamin meninggal
    jd my dad la yg ke bahan nye
    ati2 kalo nak jadi penjamin

    ReplyDelete
  7. mana bole cam tu.peminjam ada lagi

    ReplyDelete
  8. ish ni yg risau...lebih baik jgn jd penjamin

    ReplyDelete
  9. x adil btul la... kalu iye pun biar la logik sikit tindakan kan.. bnk pula 2...

    ReplyDelete
  10. sian...ni la sifat org kita yg tak bgs!berutang tak ingat Allah!

    ReplyDelete
  11. sekarang ni..pemijam senang ..penjamin yang susah

    ReplyDelete
  12. Kesian orang ni..dianiaya..tak pasal2 die yg kne

    ReplyDelete
  13. terima kasih semua...maka behati hati lah untuk jadi penjamin

    ReplyDelete
  14. Alamak, kesiannya dia.. Ni la susahnya jd penjamin.. Sampai hati bank buat macam tu..

    ReplyDelete

Admin Blog Ini Tidak bertanggung Jawab ke atas komen anda yang menyinggung perasaan orang lain..