Friday, September 3, 2010

Peniaga besi Myanmar dicekup..boleh berniaga ka?


ABDUL JALIL (dua dari kiri) dan beberapa pegawai polis melihat motosikal roda tiga yang disita di Ampang semalam.

KUALA LUMPUR – Seramai 46 warga Myanmar yang menjalankan perniagaan besi buruk secara haram dengan menggunakan motosikal roda tiga ditahan polis di sini semalam.

Mereka yang berusia dalam lingkungan 20 hingga 50 tahun itu ditahan atas beberapa kesalahan termasuk kesalahan jalan raya dan menyalahgunakan kad Suruhanjaya Tinggi Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Pelarian (UNHCR).

Menurut Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Abdul Jalil Hassan, pemeriksaan air kencing terhadap warga Myanmar itu juga mendapati lima daripada mereka positif dadah jenis heroin.

“Operasi bersepadu pelbagai anggota penguat kuasa dijalankan berikutan aduan penduduk mengenai penunggang motosikal warga Myanmar yang menyalahi undang-undang.

“Kesalahan itu termasuklah membawa lebih muatan, tiada lesen memandu, keadaan motosikal yang sudah uzur dan menunggang dalam keadaan khayal,” katanya ketika ditemui di Ampang, dekat sini semalam.

Abdul Jali berkata, mereka dipercayai menyewa motosikal roda tiga daripada pemilik warga tempatan untuk mengangkut barang lusuh dengan kadar sewa RM30 sehari.

4 comments:

  1. macam2 foreigner skang nie...diorang terlebih pandai dari kita2 nie nak carik duit....sabarkan jer lah :)

    ReplyDelete
  2. Salam Jumaat..
    moga sihat dan
    ceria orang di
    sini..nak carik
    duit nak beraya
    gamaknya..?

    ReplyDelete
  3. singgah sini tukar2 link jom ke blog angah kalau senang

    ReplyDelete
  4. dah besar bisnesnya baru kena cekup...kenapa macam itu yea...ntah2 ada org kat belakang lagi huhu

    ReplyDelete

Admin Blog Ini Tidak bertanggung Jawab ke atas komen anda yang menyinggung perasaan orang lain..