Sunday, September 19, 2010
Rakan Sosilawati ditemui mati tergantung
BUKIT MERTAJAM - Seorang pengasas produk kecantikan jenama Aveer, Sarina Jaafar, 43, yang juga rakan Datuk Sosilawati Lawiya ditemui mati dalam keadaan tergantung di dalam bilik di rumahnya di Taman Pauh Jaya di sini semalam.
Kejadian itu disedari oleh anak bongsu Sarina yang berusia 16 tahun kira-kira pukul 8.30 pagi ketika masuk ke biliknya.
Bagaimanapun sehingga semalam polis masih mengklasifikasikan kes itu sebagai mati mengejut dan menolak sebarang kaitan dengan unsur jenayah.
Menurut anak sulung mangsa, Mohd. Azrul Affendi Zakaria, 24, ketika kejadian dia berada di Kuala Lumpur dan bergegas pulang sebaik mendengar mengenai berita kematian ibunya itu.
Tambahnya, sebelum ini ibunya pernah menyatakan rasa terkilan dengan nasib malang yang menimpa rakannya, Sosilawati yang dibunuh dengan kejam baru-baru ini.
"Ibu dan Datuk Sosilawati memang sudah berkawan lama kerana mereka sama-sama terlibat dalam bidang produk kecantikan dan sejak kebelakangan ini ibu sering memberitahu dia berasa sedih dengan nasib yang menimpa Sosilawati," katanya. sumber KOSMO
macam macam la ni
ReplyDeletedi tempat saya ini.. tak dengar apa2 pun~
ReplyDeletebetul ke tak ni? ada masuk berita tak?? takde dengar plak
ReplyDeletemacam2 kes bunuh ni..menakutkan..
ReplyDeletesmkin x slmat kt dlm negara skrg ni..
ReplyDeleteAstaga...
ReplyDeleteTakziah buat keluarga...
Latest entry - http://mariellasays.blogspot.com/2010/09/of-cats-kembiri-my-ramblings-part-1.html
ngeri ngeri laah berita sekrang..macam2 jd..haishh...
ReplyDeletetak tau nak cakap macam mana, macam2 berlaku sekarang ni...
ReplyDeleteminta dijauhkanlah..
itulah manusia telah hilang pedoman hidup
ReplyDeleteish3..apa nak jadi...nanti di akhirat akan di ulangi perbuatan yg sama...
ReplyDeletedunia sekarang spt tiada sempadan dlm semua aspek..bunuh sana sini..kuar pintu umah jer da tak selamat..even kalo dlm rumah pon xslamat jgk coz org bley pecah masuk plak..be careful wherever you are..
ReplyDeletemacam-macam . ==' . pas nie sapa lagi . haiyo ... suatu hari nanti kebenaran akan terbongkar jugakk . amin
ReplyDelete