Saturday, October 30, 2010
Apa nak jadi nie...7 tahun dicabul bapa
BUKTI...Kamisah menunjukkan laporan polis mengenai pencabulan anak saudaranya.
KUALA LUMPUR: “Sudah tujuh tahun anak saudara saya yang berusia 14 tahun dicabul bapanya sendiri, tapi baru kini rahsia itu terbongkar sebelum kami membuat laporan di Balai Polis Rawang, Rabu lalu,” kata Kamisah Jamal, 31, ibu saudara kepada seorang remaja perempuan yang mendakwa dicabul bapanya sejak tujuh tahun lalu.
Beliau berkata, setiap hari mangsa sering bermuram kerana trauma dengan apa yang berlaku selain tidak menyangka bapa kandungnya yang juga penagih dadah tergamak mencabul kehormatannya sejak kecil.
“Melalui cerita anak saudara saya, dia memberitahu ketika berusia tujuh tahun, bapanya selalu bermain dengan kemaluannya dengan tangan tetapi sejak dua tahun lalu selepas cukup umur, bapanya semakin berani melakukan perkara yang lebih buruk.
“Bapa mangsa yang juga abang kandung saya, sering mengambil peluang menceroboh masuk ke bilik anaknya itu apabila semua ahli keluarga lain tidur dan ada kalanya pada sebelah pagi ketika ibunya pergi bekerja hingga dia tidak terdaya untuk melawan,” katanya ketika datang ke Balai Berita, semalam. HARIAN METRO
keciannye die
ReplyDeleteslam,
ReplyDeleteharuan makan anak, di mana lagi seorang anak nak berlindung kalau bapa sendiri yang jadi 'dajalnya'..
semoga kembali ke pangkal jalan.....
ReplyDeleteayah sndiri pun sanggup wat cmtu. dgn spe lg yg kite ley pecaye pasni ?? :((
ReplyDeleteBila berpegang pada agama... semua perkara seperti ini, insyALLAH mampu dihindarkan. Masalahnya... ramai antara kita yang meletakkan agama di tempat yang terakhir dalam hidup. Semoga Allah beri kekuatan kepada mangsa tersebut...
ReplyDeleteKesiannya...trauma..
ReplyDeleteSemoga bapanya dpt hidayah..
Semoga nasib anaknya berubah mjadi lbh baik..
sibapa ni ...pasti kena hukuman yang setimpal ye
ReplyDeleteyang g kawen ngan penagih dadah tu watpe...adoiyaiii...skang ni anak pn jadi magsa..pikirla kit..jgn main kawen jerrr
ReplyDeletekurang ajar tol...*marah*
ReplyDeleteterima kasih semua ye
ReplyDeleteAsstagfirullah...
ReplyDeleteSemoga ini tidak di tiru oleh orang lain...
Kejadian akhir zaman akan tetap berlaku kerana ia telah tertulis...tugas kita mempersiapkan diri,keluarga untuk menempuhnya kerana beberapa perkara yg tak akan terelak oleh kita kerana telah tertulis dan di nyatakan olehNYA...
ReplyDeleteapd dah jadi nie!!aduh~~~
ReplyDelete