Friday, October 22, 2010
Penyokong Facebook anti-menara hampiri 100,000
Gambar Hiasan je
Sebuah laman Facebook untuk membantah rancangan pembinaan menara 'Warisan Merdeka' setinggi 100 tingkat di ibunegara, mendapat sokongan hampir 100,000 peminat dalam tempoh tidak sampai seminggu.
Laman '1M Malaysia Reject 100-story Mega Tower' yang diwujudkan Sabtu lalu - sehari selepas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan projek bernilai RM5 bilion itu dalam ucapan bajet 2011 - telah mengumpulkan 95,165 penyokong sehingga jam 7 malam ini.
Ia mensasarkan satu juta penyokong dalam beberapa minggu akan dataang.
Pertambahan jumlah penyokong itu merupakan petunjuk peningkatan kritikan rakyat Malaysia yang mahu wang tersebut dibelanjakan untuk tujuan lain.
Bangunan Warisan Merdeka' itu akan menjadi menara tertinggi di Malaysia, jauh melebihi ikon Petronas - Menara Berkembar setinggi 88 tingkat yang siap dibina pada 1998 - dan pernah menjadi yang tertinggi di dunia.
Dua hari lalu, pencipta laman tersebut, yang tidak mahu namanya disiarkan, menuduh Facebook menyekat akses ke laman tersebut.
Mereka mengatakan disekat daripada meletakkan sebarang mesej.
Bagaimanapun, akses mereka dipulihkan setelah laman itu dikategorikan semula oleh Facebook sebagai laman komuniti dan bukannya laman peminat.
Menurut Facebook, laman peminat hanya boleh mewakili individu, jenama atau organisasi tertentu.
Tetapi pemilik laman anti-menara itu bertegas bahawa mereka memang dari mula lagi, telah mendaftarkannya sebagai laman komuniti.
Dua laman Facebook pro-menara
Sementara itu, terdapat dua laman Facebook pro-menara - 'Kami Sokong Menara Warisan' - dengan 251 penyokong, dan 'I See the Benefits of PNB's 100-story Tower' dengan 38 penyokong.
Rancangan untuk projek mega itu, yang akan dibina dan dibiayai oleh syarikat kaitan kerajaan - Permodalan Nasional Bhd (PNB) - terdiri daripada tiga fasa dan dijadual siap pada 2020. Malaysiakini
selepas nie..PNB pula bayar DIV ASB kurang pula yer...
ReplyDeletePenuhkan dulu bangunan2 dan menara yang dah disiapkan..janganlah jadi trend setiap perdana memnteri tinggalkan menara dan bukan belang..aparaaaa...kalau nak buat menarapun buatlah menara Islamic...satu M belum siap dah buat 2M...
ReplyDeleteNudecelebrity [url=http://live.tetongravity.com/_Nadine-Velazquez-in-a-bra-and-panties/video/1387602/75233.html] naked[/url] All nude celebrities
ReplyDeleteSalam.
ReplyDeletehurm,itulah. siapkan apa yg ade dulu
siapa nak pakai tempat banyak2 tu?
ReplyDeleteKalau nak bagi free tempat bagi pjbt2 pengusaha bumi x per gak... Hahahaha... Pk2 la, menara pencakar langit nie tanda2 kiamat ler... Pk2 ar sndiri...
ReplyDeleteSaya memang x setuju! Negara tengah gawat ekonomi, nak buat macam2. lain la KLCC dulu. lgpun, x cukup2 ke KLCC tu kira tarikan Malaysia la tu. Serius tak puas hati.
ReplyDeleteTakde sebarang faedah pun bina bangunan tu. Berapa banyak sangat warisan yang ada, nak letak kat situ.
Sebab cadangan pelik ni jugak, saya yang asalnya diberi elaun terus kena tukar pinjaman start tahun depan! gila!
sy tidak setuju dgn cadangan pembinaan bangunan 100 tingkat itu, ia suatu pembaziran. Ia bukan waktu yg sesuai. Rakyat akan tanggung semua tu nt dgn cukai, potongan subsidi dan sebagainya.. dahulukan rakyat seprti meraka laung2kan itu. Mereka sedang menipu rakyat? Ya.
ReplyDeletesy tidak setuju dgn cadangan pembinaan bangunan 100 tingkat itu, ia suatu pembaziran. Ia bukan waktu yg sesuai. Rakyat akan tanggung semua tu nt dgn cukai, potongan subsidi dan sebagainya.. dahulukan rakyat seprti meraka laung2kan itu. Mereka sedang menipu rakyat? Ya.
ReplyDeleteBenda ni akan gajah putih lagi jawabnya. Ni memperkayakan kroni bukan nya apa. Lumayan tu lebih dari 7 keturunan tak abis makan.Akibat rakyat akan tanggung diorg peduli apa.
ReplyDelete