Friday, November 26, 2010

Curi wang isteri bayar hutang kahwin..Pun Ada


CHOON GUAN (kiri) menunjukkan wang tunai dan barang kemas yang dirampas daripada seorang lelaki untuk membayar hutang kahwin di Muar semalam.

MUAR – Buntu mahu menyelesaikan baki hutang semasa berkahwin Februari lalu, seorang lelaki tergamak mencuri barang kemas dan wang tunai isterinya sendiri sebelum membuat laporan polis palsu mengatakan dia dirompak pada malam Selasa lalu.

Sebelum itu, suspek, 22, seorang pemandu lori membuat laporan polis mendakwa dia dirompak ketika pulang kerumahnya di Taman Temiang Jaya, Jalan Kim Kee di sini pukul 8.40 malam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Muar, Supritendan Lee Choon Guan berkata, hasil siasatan bagaimanapun mendapati keterangan suspek mencurigakan sebelum lelaki itu mengaku mencuri barangan kemas dan wang tunai milik isterinya yang berusia 32 tahun.

“Ketika disoal siasat, suspek mendakwa diserang tiga lelaki warga asing yang bersenjatakan senapang patah dan parang ketika pulang ke rumah.

“Namun keterangannya didapati meragukan sebelum polis menemui barangan kemas dan wang tunai berjumlah RM2,017 di dalam sebuah beg galas yang disembunyikan dalam but kereta Perodua Kancil milik suspek,” katanya kepada pemberita semalam.KOSMO..Macam macam ye...

17 comments:

  1. yelah tu..dah letak harga tinggi cmtulah jdnya....dinaz nk cdgkan supaya pasangan yg nk kawen nt tong2 saja...jgn sampai berhutang lbh dr kemampuan...kesian laki tu...wakakaa..

    ReplyDelete
  2. lps nie dinaz pun ..hantaran tak tinggi ye,,,huhu

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. ma kasih

    My Little diry

    Sudais

    Ademm Aizad...semua la mahal begitulah jadinya

    ReplyDelete
  5. pompuan kalau nak letak hantaran melambung,tengok le dulu kemampuan suami supaya tak menyusahkan diri kemudian hari.huahuahua..

    ReplyDelete
  6. daisy...

    kalau la ni nak kawin..belanja habih kurang kena ada RM 10,000 ..tak termasuk kenduri tu

    ReplyDelete
  7. macamanalah lelaki begini nak jaga anak isteri kalau dia sendiri cuai terhadap amanah yang telah di pertanggungjawabkan kepadanya.

    ReplyDelete
  8. kesian kat dia...bukan suka2 dia nak wat macam tuh.Polis pon tak sporting langsung.huh

    ReplyDelete
  9. terima kasih

    AAP..Betul tu..ye

    Biskut : dia memang tak ada wang kut

    ReplyDelete
  10. laa..jual jele kete kancil tu..abih citer..hehe

    ReplyDelete
  11. Cinta itu buta...
    berselisih pendapat di dalam rumahtangga adalah asam garamnya..
    saling paham memahami antara satu sama lain adalah lebih baik...
    Buangkan sikap ego...jujurlah pada diri sendiri..nescaya aman damai...
    ingatpada-NYa.....

    ReplyDelete
  12. terima kasih mr curley

    dan kak mimie....

    ReplyDelete
  13. Tah paper..duit ngan barang kemas isteri sendiri punnak curi.. tak patut.

    ReplyDelete

Admin Blog Ini Tidak bertanggung Jawab ke atas komen anda yang menyinggung perasaan orang lain..