Friday, November 19, 2010

Jemaah melontar, tawaf dalam hujan lebat..Ya Allah Kau Lindungilah Mereka..


SEJUMLAH jemaah berjalan dalam hujan di Mina pada malam kelmarin.


MINA, Arab Saudi - Hujan membasahi jemaah yang sedang melakukan ibadah melontar jamrah dan tawaf malam kelmarin. Walaupun tidak terlalu lebat, angin yang bertiup kencang menambahkan impak hujan tersebut.

Ada juga jemaah yang tidak mencari tempat berteduh, sebaliknya menikmati hujan itu.

"Ia adalah petanda daripada Allah bahawa haji kami telah diterima. Ini adalah rahmat," kata seorang jemaah dari Iran, Ibrahim Mohammadi.

Kadangkala terdapat petir dan kilat sabung-menyabung. Di dalam khemah, bunyi hujan kedengaran.

Kebanyakan jemaah mengambil peluang untuk membaca al-Quran selain menghubungi rakan-rakan lain dengan menggunakan telefon bimbit bagi meminta mereka supaya tidak keluar.

Jalan-jalan juga menjadi licin manakala kedai-kedai sementara yang dibina oleh peniaga dari Mekah dan Jeddah terpaksa ditutup.

Khemah plastik yang didirikan jemaah hampir koyak disebabkan tiupan angin itu.

Jemaah haji yang basah kuyup cuba berteduh di beberapa lokasi.

Lokasi yang lazimnya sesak dengan jemaah untuk melakukan ibadah melontar juga lengang kerana hujan.

Dianggarkan seramai tiga juta umat Islam melaksanakan ibadah haji pada tahun ini.

Sebahagian daripada mereka telah menyempurnakan ibadah haji semalam dan bakinya akan meneruskan ibadah masing-masing pada hari ini.

Semalam, jemaah haji masih melontar di jamrah sebelum musim haji berakhir pada hari ini. - Agensi..Kosmo...

Semoga Allah Melindungi mereka semua... Amin

20 comments:

  1. semoga Allah memberi perlindungan dan memudahkan mereka melakukan ibadah haji...

    ReplyDelete
  2. moga mereka selamat mengerjakan Haji dan selamat segala-galanya. Amin.

    ReplyDelete
  3. Semoga Allah melindungi mereka semua dan mendapat haji yang mabrur

    ReplyDelete
  4. fikirny : INSYALLAH DOAKAN JE

    ZMAH : kita merancang allah yang menentukan

    ReplyDelete
  5. ujian bt mereka....smoga mereka berjaya menyempurnakan ibadat haji...amin....

    ReplyDelete
  6. 1st time dengar time haji ada hujan lebat...kalau nak diikutkan, hujan tu memang rahmat Allah...wallahua'lam

    ReplyDelete
  7. zana ahamad : makaceh ye

    Khairy :semoga allah memberi rahmat kepada mereka

    ReplyDelete
  8. Salam Abu Luqman
    moga hujan itu hujan rahmat

    ReplyDelete
  9. Semoga mereka tabah dan dilindungi ALLAH...

    ReplyDelete
  10. ish lebat sangat tu..

    harap mereka dapat sabar.. semua ujian

    ReplyDelete
  11. terima kasih

    Ummu :: semoga hujan bawa rahmat

    Fuziani JsR : semoga allah melindungi mereka...

    ReplyDelete
  12. ter50a 2as5h

    Ainz ::ye harap merek abersaabar ye

    Biskut : tq ye....itulah ujuan Allah

    ReplyDelete
  13. Hanya Allah yg Maha Mengetahui dan hanya DIA yg dapat menjawab segala persoalan....hanya Maha Pemberi dan Pengampun...

    ReplyDelete
  14. ma kacih

    Assoy..Kita yang merancang..allah adalah sebaik baik perancang..

    ReplyDelete
  15. alhamdulillah..bsyukur sgt masa pergi dahulu tiada sebarangan masalah...huhu

    ReplyDelete

Admin Blog Ini Tidak bertanggung Jawab ke atas komen anda yang menyinggung perasaan orang lain..