Wednesday, November 3, 2010
Kalau Nik Aziz beri wang zakat tapi dituduh rasuah, Orang lain macam mana pula ye ?
Pengarah pilihan raya PAS, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman hari ini menafikan laporan Utusan Malaysia dan menjelaskan bahawa pemberian wang oleh menteri besar kepada sebilangan masyarakat Orang Asli yang diislamkannya sebenarnya adalah wang zakat dan bukannya rasuah seperti didakwa.
Katanya, beliau telah menyemak dengan setiausaha politik Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat untuk mendapatkan penjelasan sebenar berhubung isu itu.
"Saya diberitahu ia adalah wang zakat. Tok Guru mengislamkan tiga Orang Asli ini dan bagi wang zakat.
"Takkan zakat ini rasuah?" katanya dalam sidang media di markas jentera PAS di Gua Musang hari ini.
Katanya lagi, Suruhanjata Pilihan Raya (SPR) perlu bersikap terbuka dalam isu tersebut.
"Jangan kalau Tok Guru ada beri duit sikit, dianggap rasuah, jangan rakyat tengok SPR ini memihak.
"Ini zakat bukan rasuah. Utusan itu suka kelirukan orang, ini memang sikap mereka.
"Tapi saya rasa ia beri kelebihan kepada PAS, kerana bila orang baca mereka akan marah dan anggap ia bohong," katanya. Malaysiakini
salam..orang yang tidak tahu beza sahaj yang cakap begitu ye...
ReplyDeleteorang yg cetek ilmu cakap tak pakai akal..camtu la jadinya..kalau ye pon nak rasuah..takkan la nk buat terbuka camtu...isk..isk...isk...
ReplyDeleteorang sekarang ni..ahli agama camtu pon difitnahnye...
lebih baik memberi secara terang dan nyata..tandanye ikhlas.. daripada memberi secara gelap... ada maksud tertentu :)
ReplyDeleteorg cetek ilmu agama nie mmg camtue la..
ReplyDeletemane dia tahu hukum hakam nie.. PAS bg duit sikit pun rasuah..
boleh x saya ckp dorang xde akal?
*geram sebenarnye*
maafnye emosi plak kt sini..ehee
maaf kalo terkasar.
ReplyDeletememang sangat cetek pemikiran orang yg tuduh camtu.kalo iye pon nak bg rasuah takkan nak lakukan kat tempat terbuka camtu.terlalu asyik nak cari salah orang sampaikan takleh nak beza hal berkaitan agama..
Semua lapor sesuatu berita pastikan KESAHIHAN berita itu.
ReplyDeletesedih tgk para ulama saban hari makin diberi tohmahan sebegini..sabarlah Tok guru...keadilan sentiasa bersamamu kelak..
ReplyDeleteleka sgt dgn dunia tu yg lupa pada yg SATU.
ReplyDeletemakaseh sema.
ReplyDeleteto zmah said..saya dah link ngan Malaysiakini..ye..
makaseh sema.
ReplyDeleteto zmah said..saya dah link ngan Malaysiakini..ye..
org lain semua salah,gomen je yg betul.
ReplyDeleteini semua adalah permainan politik. biar rakyat yang menentukan halatuju mereka.
ReplyDeletesurt khbar klu cite bab politik tak leh percya sgt & kish2 yg melibatkn pihk atsn & yg bkuasa..klu ikut logik, mne de org bg duit rasuah terang2an mesti sorok2 punya mne leh terang2..klu bg rasuah wt pe dok ats kerusi bek berdiri..
ReplyDeleteadeh.... siapa yg percaya memang kelakar teramatlah...
ReplyDeleteCakaplah apapun, tulislah apapun... kami dah celik politik... kami tetap berpihak pada yang benar... Tuan Guru beri rasuah????? kalau org biasa tu mungkin boleh diterima akal... ni Tuan Guru... GILA mereka ni!!!
ReplyDeletenama pun utusan malaysia.. sapa laa yg masih lg percaya!
ReplyDeletetuk guru bukan bodoh..aku bukan ahli bulan tapi aku tau Nik Aziz bukan macam tu...huhu..aparaaa isu macam tu nak dimanupulasi..kemarok nak menang
ReplyDeleteTerima kasih semua ye...semuanya dah celik ye...Allah hu akhbar
ReplyDeletetergamak diorg tuduh ulama mcm tu rasuah... dulu time mengundi hubby byk jugak dpt on the way balik kelantan nak undi, satu bas budak2 utm dpt sorg 200 BN bagi... takde lak kecoh masuk tv.
ReplyDeletebetul tu intan izani...depa bagi duit tak apa...Tu yang bagi macam macam.. paper x kata apa pun..apa pun Kita Doa Allah memberi kemenangan kepada Tok Guru Kita... Takbir... Allah Hu Akhbar
ReplyDeletebuat baik dikatakan salah..
ReplyDeletebuat jahat dikatakan baik??
otak letak tang mana ntah..