Thursday, December 2, 2010

Jadi bilioanir jual laman web


LONDON - Seorang usahawan Internet, Andrew Mason, 29, bakal mengikuti jejak langkah pengasas laman sosial Facebook, Mark Zuckerberg, 26, dengan menjadi bilionair apabila dia bersetuju untuk menjual laman web beliau kepada enjin carian Internet, Google, lapor sebuah akhbar semalam.

Mason dikatakan bersetuju untuk menjual laman web bernama Groupon itu kepada Google dengan harga £4.1 billion (RM20.2 billion).

Beliau sebelum ini turut dilaporkan menolak tawaran daripada sebuah lagi enjin carian Internet, Yahoo kerana ia hanya menawarkan sebanyak £1.3 billion (RM6.4 billion) untuk membeli laman web terbabit.

Laman web yang telah dibina sejak dua tahun lalu itu telah menawarkan sebanyak 1,000 peluang pekerjaan di tempat kelahiran Mason iaitu Chicago, Amerika Syarikat selain digunakan oleh 2.5 juta pengguna di Britain.

Bagaimanapun kerana kelebihan yang ditawarkan seperti diskaun pembelian tiket wayang dan pelbagai barangan lain melalui Internet sehingga 90 peratus, jumlah pelayar kini semakin bertambah sebanyak 10 peratus setiap minggu.

Bagaimanapun, ia masih tidak boleh menyaingi Facebook kerana laman sosial itu kini bernilai £32 billion (RM158.1 bilion). - Agensi

Nota : harap harap blog kita ..laku ..3 -4 tahun akan datang ye...hehehe.......

20 comments:

  1. laku ............wahai sahabat ....hamba ini dtg menziarahi blog yg bermaklumat ini....salam kenal dari saya

    ReplyDelete
  2. saya follow saudara dan nk mintak izin simpn link di blog saya.....mohon diizinkn..maaf sya blogger baru...

    ReplyDelete
  3. wauuuu...... awok kalo dapat .1 billion pun jadi lee.....lebih daghi cukop tuuu....... takde ke oghang Malaysia yang kaye macam ni??? ade lawan web...juei dekat yahoo...google...msn ke....

    ReplyDelete
  4. pengasas FB tu mmg power la..tapi rasanya dlm keadaan skrg ni,ramai yg dah salahguna FB tu..nak2 golongan yg masih belajar..sebenarnya tak perlu kot nk ada FB sgt ni..sbb ia melalaikan..entah apa2 status & komen yg selalu muncul..lebih baik buat blog..main klik2 pun blh dpt duit free..yg penting,rajin..hehe..semoga niat kamu utk meLAKUkan blog ni,berjaya la yer..da jadi jutawan nnt,ingat2 la follower selalu..ngeh3~

    ReplyDelete
  5. terima kasih

    Aku anak pahang.

    d08 makasih gak

    ReplyDelete
  6. salam..
    perghhh...hebat..semoga blog saya
    menjadi begitu satu hari nanti,tak payah kerja dah..

    ReplyDelete
  7. orang luar negara memang sngt hebat..

    ReplyDelete
  8. Cara mudah untuk menaikkan trafik blog anda.Mesti Buka. @ http://backlink10.blogspot.com

    ReplyDelete
  9. laku bolehler buat masjid 2-3..ahhh 23 biji terus huhu

    ReplyDelete
  10. orang putih pandai cari duit dengan internet, orang Msia pandai ragut, pandai rempit

    ReplyDelete
  11. ma kasih

    Assoy..niat yang baik ye..mudah mudahan Allah kabulkan

    Sudais...benar apa yang dimaksudkan

    ReplyDelete
  12. Orang bijak pandai senang aje dapat dan cari duit.

    ReplyDelete
  13. betul tu zmah...orang Malaysia..nak menipu je

    ReplyDelete

Admin Blog Ini Tidak bertanggung Jawab ke atas komen anda yang menyinggung perasaan orang lain..