Wednesday, December 8, 2010
Perlukah Pendidikan Seks di sekolah ?
Keputusan mengajar pendidikan seks secara berasingan dan tidak menumpang mata pelajaran lain mulai tahun depan mampu mendedahkan para pelajar mengenai ilmu dalam bidang itu dengan cara yang lebih sistematik.
Ketua Kluster Pendidikan dan Pembangunan Modal Insan Majlis Profesor Negara, Prof. Dr. Zakaria Kasa berkata, keputusan mengasingkan pendidikan seks merupakan satu tindakan tepat dan sesuai dengan masa sekarang.
“Biasanya bila sebut pasal seks, pelajar-pelajar sentiasa terbayangkan perkara-perkara yang menghairahkan kerana sumber mereka lebih kepada Internet atau majalah.
“Sedangkan isunya lebih meluas terutama dalam menguruskan aspek keselamatan, kebersihan dan konflik bila berhadapan dengan masalah seks,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.
Jadi tegas beliau, sudah tiba masanya masyarakat di negara ini didedahkan dengan corak pembelajaran tersebut bagi mengurangkan masalah sosial dalam masyarakat seperti seks rambang, jangkitan HIV dan aids.
Apa yang ditakuti , dan kebarangkalian terjadi ialah , pelajar pelajar ingin mencuba, sedangkan belum diajar..mereka telah mencubanya...bagi penulis yang penting ialah didikan agama yang diterapkan oleh kedua ibu bapa. Kalau di sekolah guru agama pun telah mendidik tentang cara mandi wajib dan mengenai kedatangan darah haid...
harapnye budak2 ni trime bnde yg +ve le...jgn yg -ve je blebei depa phm...
ReplyDeleteas salam,
ReplyDeletesetuju subjek ni di ajar di sekolah2, kalau tak ajar pun mereka dah pandai cari sendiri di internet.. sekurangnya di sekolah ada guru yang mengingatkan ...betul atau salahnya
masing² ada pendapat sdnr, bagi saya.. didikan agama lebih utama,
ReplyDeleteilmu berkeluarga jugak x terkecuali dari sini barulah dapat membentuk little khaleefah dgn sebaik mungkin.. ^_^
Terima Kasih
ReplyDeleteCik QIQI ....
Ibu Intan...
perindu ; betul didikan agama lebih penting ye
tak setuju........bangkang sama sekali..hehe
ReplyDeleteada baik dan bruknya......
ReplyDeleteMakasih
ReplyDeleteRafina : tak setuju ye
Kisah mawe : betul tu..
huhu
memang btol pon bila sebut pendidikan seks orang pikir bukan2.. sepatutnya tekankan aspek agama dalam tu...
ReplyDeletebagaimana pendidikan seks di dalam islam.. tentang aurat.. tentang hubungan lelaki perempuan... dan lain2... itu juga pendidikan seks...
pendidikan agama belum ckup mndidik akhlak murid?
ReplyDeletemrepek je....adakan pendidikan cmni.
ReplyDeleteMakasih
ReplyDeletemamat : saya setuju
Mohamadazhan hj desa : betul
Matika Love : takut budak budak beli kondom lak..cikgu mintak contoh kan
ayah sya nma zakaria kasa gak..hoho
ReplyDeletenama pndidikan ni nanti sedap skit kan dri pendidikan seks..hehe :Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial (PEERS)
klau tgk yg silibus dia nak bubuh tu..mcm ok ja lah,..kalau skolah rendah..dia nk bgtau perbezaan laki ngan pmpuan..ala mcm kat subjek pj dulu2..sya da blajaq gak..
kalau hat skolah menengah mcm jangkitan2 seksual apa semua tu..
tp tu la kot..smua bnda ada baik buruk dia..bnda ni bergnatung jugakla kat cara penyampaian nanti..harap2 akan membawa manfaat la buat generasi kita..hmmm
biasanya subjek sains penuh dgn latihan amali dan praktikal dlm makmal. sy menunggu berita pengajar melakukan amali dan praktikal utk mengajar pelajar subjek ini.
ReplyDeletejgn cikgu yg ajar pun blm kawin..hbs laa...ekekekek
ReplyDeletesemua bermula dari pendidikan di rumah...semoga anak-anak generasi akan datang dapat memahami semua nie dengan cara yg betul..
ReplyDeletema kasih semua hehe
ReplyDeletekayun
dakwat basah
dr segi +ve perlu la... tp ada kesan -ve gak.. tkt dak2 ni teransang nk wat.. tp klu ikut logik diorng kecik2 ni xde perasaan mcm tu lg.. haha tah la..
ReplyDeletesatu pendekatan yang salah di ambil oleh kerajaan. pendidikan sek adalah matapelajaran dari negara barat yang banyak mengamalkan kebebasan sek.
ReplyDeletecuba perhatikan intipati pelajaran tersebut.
bagi seri didikan agama yang sempurna dan penyeliaan dari ibubapa adalah jalan terbaik menangani isu sosial melibatkan muda-mudi yang makin meruncing di negara kita.
Macam tak perlu je subjek tu. Lebih baik selitkan dalam subjek2 yang sedia ada. Mewar2kannya seolah-olah bagi kredit untuk menyelongkar lebih lanjut kat budak2 tu. Entahlah tak reti nak cakap.
ReplyDeletentah aku nak komen apa nih..
ReplyDeletesubjek agama sudah memadai, cukup dengan hukum bersuci nikah kawin...
jadikan agama subjek wajib lulus untuk semua exam...
terima kasih
ReplyDeleteSzwan
Sri : satu pandangan yg baik
Cukgu aida : Brtul pandangan cikga
Salam
ReplyDeletePendidikan untuk mendidik sebagai inisiatif pihak berwajib. Terpulang kepada individu dan pengawasan ibu bapa pula.