Thursday, December 30, 2010
Plat MCA 1 catat bidaan RM300,100
Gambar Hiaasan Je
MELAKA: Nombor pendaftaran ‘MCA 1’ mencatatkan sejarah negara apabila dibida dengan nilai RM300,100 oleh sebuah syarikat dari Johor Baharu iaitu Asset Nusa Sdn Bhd.
Tender bagi nombor pendaftaran ‘emas’ itu akhirnya mengatasi rekod bagi bidaan ‘TAY 1’ yang bernilai RM242,000 dan ‘TAN 1’ sebanyak RM200,900 yang didaftarkan di Terengganu.
Syarikat sama juga turut berjaya membida nombor pendaftaran ‘MCA 2’ dengan nilai RM101,000.
Jurucakap Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) negeri, syarikat berkenaan berjaya membida nombor pendaftaran berkenaan selepas tawarannya dibuka selama tiga minggu sejak 24 November lalu.
Katanya, dengan jumlah bidaan tertinggi itu, syarikat berkenaan memecahkan rekod bidaan nombor pendaftaran kenderaan di negara ini.
“Keputusan penuh bidaan nombor pendaftaran ‘MCA’ boleh dilihat orang ramai di tingkat satu pejabat JPJ di sini atau boleh menyemaknya menerusi laman web www.jpj.gov.my,” katanya, di sini, semalam.
Berdasarkan keputusan disiarkan, dua lagi nombor pendaftaran berikutnya berjaya dibida Khoo Chong Kok (MCA 3) pada nilai RM50,000 dan Norainai Abd Ghapor (MCA 4) pada nilai RM14,444.
Pengerusi MCA negeri, Datuk Gan Tian Loo, membida nombor pendaftaran ‘MCA 5’ dengan nilai RM28,600. Harian METRO
Nota : Ada apa pada nombor ..sampai harga ratusan ribu ringgit..mak ooi..kalau aku tak belilah...boleh beli rumah sebiji dan kereta sebiji ..huhu
kalau aku tak beli la...huhu bazir je
ReplyDeletewow..ramai gak yg berebut plat T.. hee.. sy bangga jg warga teganu.. ngeh..ngeh..ngeh..
ReplyDeleteNorsolehah..
ReplyDeleteThniah orang Terengganu
org berduit memang selalu buat benda pelik2. org kebanyakan akan kata ' pelik lah'.
ReplyDeletebaik beli tanah ke hehe..
ReplyDeletejemput2x..
blog Serbaguna
blog Matdin
makasih..
ReplyDeletedakwat basah
mat din
rm300 utk plet kete pon dah garu kepala... ni plak rm300,000... ni kes duit tak tau nak belanja kat mana dah kot..
ReplyDeletenomor plat dulu TAH 1 berapa la harga.. hehe
ReplyDeletenew entry
Azam untuk berubah... apa tunggu lagi...??!!
Wah ni baru plat no.... dah mcm harga keta mewah.
ReplyDeleteplat MAT1 ada org bida tak?
mcm tu la klu duit tlebeh bro..
ReplyDeletemahainya plat pun.huhu
ReplyDeleteterima kasih
ReplyDeleteen mamat
mulan :
mw2ury
orang kaya yang terlebih duit cam ni la perangainya... tak tahu nak buat apa dengan duit tu...
ReplyDeleteaku tunggu ASY67..haha
ReplyDeletemakasih
ReplyDeleteNasriq
Assoy
teruja jugak tgok harga...em...apa yg terkandung disebalik plat tu ek...?
ReplyDeletesalam, MCA 1, MCA 2, jadi mahal? politik? org terkuat MCA kot
ReplyDeleteinilah namanya gaya hidup..orang berduit dengan caranya,yang tak berduit buat caranya....macam-macamkan..
ReplyDeleteish..mengarut je.. itu pon nak bangga.. baik bagi pada fakir miskin..
ReplyDeleteZiarah dik luqman. Kak pun tak sanggup beli, hehe.......
ReplyDeleteterima kasih semua ye....
ReplyDeletesu manja
anak ulu ceka
ummirissa
salam..
ReplyDeletehidup semata nak
kejar nama beginilah
jadinya..pembaziran
pada saya..ermmm..
terima kasih zulkibo
ReplyDeleteyang rasany sbb mmg da x tau nak buat pe duit yg belambak tu...:)
ReplyDeleteterima kasih semua ya
ReplyDelete