Sunday, December 5, 2010
Terima Kasih Kepada Kerajaan Negeri Pulau Pinang...Bagi Diut RM 800 ...bestkan..
Kakitangan Kerajaan Negeri Pulau Pinang dapat durian runtuh
Kerajaan Baru Negeri Pulau Pinang memberi Bantuan Khas Kewangan kedua tahun ini sebanyak RM800 kepada semua anggota perkhidmatan awam di negeri ini.
Ketua Menteri Lim Guan Eng berkata keputusan itu dibuat sebagai tanda keprihatinan dan penghargaan kerajaan negeri terhadap sumbangan anggota perkhidmatan awam negeri selepas sumbangan RM500 sebagai duit raya awal September lalu.
“Penghargaan ini adalah satu pengiktirafan kerajaan negeri kepada anggota perkhidmatan awam negeri yang memberi komitmen penuh dalam menjayakan agenda kerajaan,” katanya ketika berucap dalam Majlis Perhimpunan Ketua Menteri Bersama Anggota Perkhidmatan Awam di Dewan Tunku, Komplek Tun Abdul Razak di sini hari ini.
Lim berkata bantuan khas ini diberi kepada semua Pegawai Perkhidmatan Awam dalam Pentadbiran Negeri Pulau Pinang termasuk Kumpulan Pengurusan Tertinggi dan setaraf termasuk pegawai yang memangku Jawatan Utama dan Gred Khas.
“Sekiranya kita mengambil kira semua termasuk Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), Badan Berkanun Negeri (BBN) dan agensi negeri, ia melibatkan 7,812 anggota dengan RM6.25 juta,” katanya.
Wang itu didebitkan ke dalam akaun anggota perkhidmatan awam berkenaan semalam.
Nota : Terima kasih kepada kerajaan Negeri Pulau Pinang yang perihatin kepada rakyatnya ye…..kalau nak tahu 70 % kakitangan kerajaan negeri Pulau Pinang adalah orang Melayu…..huhu…………mau tau…… jangan ada yang ak cerdik pulak ...kata duit judi.hehehe...
salam..mau tau ye...Kerajaan yang perihatin....tak baguih kita tolakkkkkkkkkkk
ReplyDeletebetui sejak kerajaan pulau pinang rasanya lebih byak manfaat dapat~~
ReplyDeletetetap setia la....jom undi,,x rugi la ..serius
makasih nasique.....sokong
ReplyDeletehuhu.. syiok2~
ReplyDeletemakasih amira..syoknya
ReplyDeletekeberuntungan sebagai penjawat awam di pp.kpp(kerajaan p.p)tidak menanggap pemberian ini sebagai satu usaha dalam melemahkan sistem ekonomi negeri,malah pembangunan masih dapat diteruskan dengan penarikan masuk investor2 luar.jadi ianya tidak dianggap merugikan bila mana duit pemberian itu boleh dipergunakan pada sektor pembangunan lain kerna ada backup di situ.tapi ya,tentu saja pemimpin lebih tau soal ekonomi.
ReplyDeletemakasih cik biskut...hang memang pakar ekonomi
ReplyDeleteTahniah! Kamid apat RM500 je..
ReplyDeletehttp://www.bharian.com.my/bharian/articles/4kategorimanusiataklayakdilantikjadipemimpin/Article
ReplyDeletejom bace link nih.....hohoh..insyAllah..panduan bersama..
makasih
ReplyDeletegunsiri..500 pun ok lah
makasih imunkmin
Salam...
ReplyDeleteDuit ke diut?hehe...
dah lama tak jejak Penang...
rindu pada padang minden..
bagus la kerajaan yg prihatin.. tumpang suka.. belanja nasi kandaq frozen sebungkus boleh la... hehee...
ReplyDeleteto Iza..mai la Penang ..abg tunggu ye
ReplyDeleteMulan : frozen tak sedap tau ..dia kena ...panas panas baru syok
Syabas...memang Penang pandai buat bisnes dan cari duit..tak di nafikan..huhu
ReplyDeleteWah! Bagus tu boleh dapat bonus lagi sekali,tahniah kpd kerajaan PP,pengurusan kewangan yg baik.
ReplyDelete^_^ tumpang gembira sekali,
ReplyDeleteterima kasih semua
ReplyDeletetumpang suka...
ReplyDeletemakasih en Yahaya
ReplyDeletewah byk btl duit kerajaan negeri ni..dr mana dtgnya ya..teng..teng..teng
ReplyDelete