Saturday, January 8, 2011

Catriona Ross Disuruh Buka Tudung


KUALA LUMPUR: Pelakon Catriona Ross mengakui kecewa dengan sikap segelintir pengarah yang mendiskriminasikan pelakon-pelakon bertudung dengan watak yang diberikan terlalu stereotaip.

Katanya, sejak tampil dengan penampilan baru dia hanya mendapat tawaran watak-watak yang kecil dan sampingan sahaja biarpun pada asalnya pihak produksi menawarkannya watak utama.

"Saya kecewa sebab pada asalnya mereka tawarkan watak yang berat dan mencabar tapi bila saya terangkan bahawa saya sudah bertudung, mereka akan tukar watak tersebut kepada watak lain yang kurang mencabar.

"Ada juga yang terus tidak hubungi saya apabila mengetahui saya sudah bertudung," katanya mengakui sukar meyakinkan pihak produksi dengan keupayaannya membawakan watak mencabar.

Dalam pada itu, menurut Catriona, terdapat juga pihak produksi yang meminta dia untuk membuka tudung bagi melakonkan sesebuah watak.

"Bila saya cakap saya bertudung, mereka akan bertanya sama ada saya boleh buka atau tidak untuk watak tersebut. Saya kecewa sebab mereka ambil remeh tentang perkara ini.

"Mereka ingat saya pakai secara suka-suka dan samakan saya dengan pelakon lain yang boleh buka tudung. Pendirian saya tetap untuk tidak membuka tudung," katanya.

Selain itu, Catriona yang menganggap kemunculan pertama dalam drama terbaru Sakti Delima akan membuka mata produksi lain tentang penampilan seseorang tidak membataskan bakat yang ada.

"Selepas bersalin banyak juga tawaran yang saya tolak sebab bagi saya tidak bersesuaian dan tawaran yang datang oleh JS Pictures Sdn Bhd tepat pada masanya,

"Dalam drama ini saya melakonkan watak antagonis iaitu seorang ahli sihir yang menjadi penghalang kepada Siti Melur mendapatkan rantai Sakti Delima " ujarnya.

Menurut Catriona, kali pertama menerima tawaran tersebut, dia begitu teruja dan menganggap ia sebagai peluang baik untuknya kembali berlakon.

"Ketika mendapat tawaran memainkan watak ini, saya terus terima tanpa berfikir lama. Bagi saya ini peluang terbaik untuk kembali ke depan televisyen dengan memberi watak yang boleh diingati," katanya.

Drama Sakti Delima merupakan drama adaptasi daripada filem Pancha Delima yang mengisahkan tentang kesaktian seutas rantai sakti yang menjadi rebutan ramai. Drama di slot Legenda 20 episod ini telah mula ditayangkan pada 3 Januari lalu, setiap Isnin hingga Khamis.

Antara pelakon lain yang menjayakan ialah Bienda, Iqram Dinzly, Sheila Rusly, Safura, Ungku Ismail, Aida Khalida dan Liza Hanim. MSTAR onlie..

Malang sungguh nasib artis, baru saja hendak mendapat nur iman dan ubah cara hidup lama dan berjinak nak pakai tudung, sudah di suruh buka tudung pula. Semoga Allah memberi kekutan kepadanya..

50 comments:

  1. baru sahaja..orang nak belajar.buat baik..disuruh kembali seperti syle lama pulak

    ReplyDelete
  2. itulah dugaan tuhan untuk melihat kesabaran dan keimanan kita..rezeki ada dimana mana

    ReplyDelete
  3. mungkin ada yg menganggap bertudung hanya fesyen, bukan hukum yg mewajibkan wanita islam menjaganya. hmm... semoga pengarah2 yg buat dia camtu sedar... harap catriona juga banyak bersabar...

    ReplyDelete
  4. betul..org nak berubah ke arah kebaikan..

    ReplyDelete
  5. makaish ye...

    yahaya

    annaariah

    mama JNJ

    ReplyDelete
  6. itulah bila mereka menganggap tudung hanya sebagai fesyen

    ReplyDelete
  7. setiap perilaku kita, akan didatangi dgn ujian utk tgk sejauh mana ketabahan& kesabaran kita. skg ni, semua tu ujian catriana ross, kalau iman dia kuat, mmg dia niat bertudung, insyaAllah, dugaan ni sementara, masa depan rezeki dia lagi byk.

    ReplyDelete
  8. saya setuju dengan tindakan Catriona mempertahankan tindakannya tidak membuka tudung,bukan seperti artis-artis lain yang sanggup membuka tudung dengan alasan yang tidak boleh diterima sama sekali!

    ReplyDelete
  9. salam..
    baru tengok beliau dalam
    tv minggu lepas..insaf bila
    dengar kisahnya bertudung..semoga beliau terus tabah dalam menghadapi situasi meruncing dalam hidup..dugaan Allah jua..apalah sangat rezeki kalau tak berkat..

    ReplyDelete
  10. salam, sanggup menyuruh orang buat kemungkaran demi nak lariskan filem sendiri...masyaAllah.

    ReplyDelete
  11. manusia yang seperti ini tak lebih daripada seorang manusia yang tidak bersyukur kepada Allah..mencari kemurkaan Allah...semoga artis2 yg baru memakai tudung akan sentiasa istiqamah insyaAllah..sbb mereka kelihatan lebih muslimah dan makin dipercayai..apabila merak bertudung..

    ReplyDelete
  12. BETUL....ada la sesetengah pelakon suka hati je dia nak pakai tudungg masa-masa tertentu...diorang pikiq pakai tudung nie cuma fesyen ke apa...padahal menutup aurat nie satu kewajipan..

    dan bila kata pakai tudung tu, mestila menutup aurat sepenuhnya...kalau nampak rambut,bentuk sanggul, bentuk leher dan sebagainya, takde gune...lebih kurang sama gak ngan tak pakai tudung...

    ni lah sesetengah org pompuan zaman sekarang, pakai tudung, nampak aurat..ada yang tahu pun, tetap pakai jugaq..haish apa nak jadi daa

    ReplyDelete
  13. kesian dia..
    xsangka ade gak org yang nak suruh bukak2 tudung ni..
    pkai tudung tu kan wajib..

    ReplyDelete
  14. itu menguji kekuatan iman seseorang

    ReplyDelete
  15. harap dia tetapkan pendirian.. rezeki pemberian ALLAH s.w.t tu ada dimana2 aje..

    ReplyDelete
  16. emphhhh....kalau betul-betul nak berubah...keluarlah dari bidang tu...tobat betul-betul...

    ReplyDelete
  17. dunia..dunia..
    pedulikkan aje dorang kak CAT! ^^

    ReplyDelete
  18. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  19. inilah orang melayu kita...mentaliti yang kolot.....
    asal berlakon je mesti nak free hair...seksi meksi.....
    rosak la anak melayu....

    ReplyDelete
  20. Dugaan buat catriona, semoga dia teguh dalam keimanannya.....:)

    ReplyDelete
  21. dugaan nei...ape2 yg pnting bertahanla ctriona...pertahankan prinsip anda

    ReplyDelete
  22. makasih...

    semoga Allah memberi kekuatan kepadanya

    ReplyDelete
  23. kalau nak buat baik, memang banyak cabarannya. berusaha!!

    ReplyDelete
  24. ish nk lakukn filem pun jgn r pai nk suro org buka tudung..

    ReplyDelete
  25. salam ...agar beliau menganggap ini adalah ujian dari Allah(sememangnya),dan berasa bertuah kerana dipilih melalaui semua ini...sama2 kita berdoa agar beliau kuat semangat dan tak was2...walaupun kadang2 yg menyuruh tu pun seagama..

    ReplyDelete
  26. mudahan catriona akan kekal dengan imej barunyer :))

    ReplyDelete
  27. semoga dia diberikan kekuatan menghadapi ujian itu..

    ReplyDelete
  28. smoga Catriana bersabar menerima kritikan.jgn mudah mengalah.bertudung bukan penghalang segala perbuatan dan pekerjaan.

    ReplyDelete
  29. nate beruk punyer pengarah tuh!! meh cnie aku sembelih bgai anjing makan..

    ReplyDelete
  30. makasih..

    mappiau
    nanui joe
    sri ayu
    mabk.abu bakar

    ReplyDelete
  31. Sabar lah Cat...mungkin ini dugaan awal

    ReplyDelete
  32. baru tahu catrina dah bertudung ya... heheh, kakyong ni tak maik tahu hal dunia artis ni...

    sweet bila dah bertudung, semoga cat istiqamah dgn bertudung..

    ReplyDelete
  33. makasih ye

    Azimah...

    MKak Yong..saya bukan aik tahu..tapi dah baca Akbar online..mcm tu la

    ReplyDelete
  34. mudah2 an cat ok.. tabah je..diorang tu jahil agama..jgn pandang orang pakai tudung ni x leh buat sesuatu ok!! bakat tu memang dari kecil..

    ReplyDelete
  35. moga2 beliau kekal istiqamah.
    insyaAllah.

    ReplyDelete
  36. makasih

    genfujita
    Rozuan Ismail
    Latifah

    ReplyDelete
  37. semua tu ujian. diharap Catriona tabah dan kekalkan imej bertudung.

    Entry terbaru: Facebook Akan Ditutup ?

    ReplyDelete
  38. mahu melakukan kebaikan itu pasti banyak halangannya...

    ReplyDelete
  39. kalau boley la.. nk ckp kat sis cat dpn2..
    "be strong"
    ujian bila nak berubah mmg akn dtg bertubi2.

    ReplyDelete
  40. dlm melakukan kebaikan pasti byk halangan menanti...

    ReplyDelete
  41. kami semua berdoa semoga kau kekal dengan pakaian seegini..(cara Islam)

    ReplyDelete

Admin Blog Ini Tidak bertanggung Jawab ke atas komen anda yang menyinggung perasaan orang lain..