Tuesday, March 15, 2011

Ezany Nizariff Sudah Ada Kilang Kicap, Belacan Sendiri


Ezany Nizariff

PETALING JAYA: Pelakon Ezany Nizariff telah telah melaburkan wang sebanyak RM800,000 sepanjang empat tahun berniaga menjual kicap dan belacan di bawah jenamanya sendiri, Ezany.

Ezany berkata, dia bersyukur kerana perniagaan makanan itu membuahkan hasil yang agak memberangsangkan sehingga mampu membuka sendiri sebuah kilang kicap dan belacan di Lestari Perdana, Seri Kembangan, Selangor.

"Alhamdulillah, segala penat lelah dan kesabaran saya dan isteri berhasil. Semakin lama, jenama kicap dan belacan Ezany diterima ramai dan ia kini dijual di beberapa pasaraya seperti Giant, Mydin dan Jaya Jusco.

"Pada mulanya, saya menjalankan perniagaan ini secara kecil-kecilan dan bila ada wang lebih, saya tingkatkan kualiti produk yang dihasilkan.

"Contohnya, bekas kicap yang sebelum ini hanya menggunakan botol plastik kini ditukar kepada kaca dan belacan pula saya jadikan ia kepada serbuk dan kiub. Ini semua untuk membolehkan pengguna menggunakan produk tersebut," katanya.

Selain perniagaan kicap dan belacan, Ezany turut mempunyai jenama pakaiannya sendiri iaitu Grassjeans yang kini dijual di Jaya Jusco.

Tambah Ezany, perniagaannya yang bertambah maju itu membuatkan jadual hariannya begitu padat lebih-lebih lagi pelakon ini turut sibuk dengan karier lakonannya.

"Memang bukan mudah untuk membahagikan masa. Tetapi saya akan cuba lakukan yang terdaya. Kiranya, jika habis sahaja penggambaran, saya akan terus ke pejabat untuk buat apa yang patut.

"Isteri juga membantu dan selain itu saya memiliki empat orang pekerja yang menolong menjalankan perniagaan ini," ujarnya.

Kata Ezany lagi, dia menyarankan agar para selebriti turut membuka perniagaan sebagai pendapatan sampingan masing-masing.

Sementara itu, Ezany kini muncul menerusi drama Kemboja Putih di slot Legenda TV3 yang mula ditayangkan pada 7 Mac 2011, pukul 4.30 petang. MASTAR online

Ulasan.tahniah ezany walaupun sudah berjaya dlam bidang lakonan, kamu mencuba dalam bidang perniagaan , demi untuk masa depan disamping memberi peluang kepada orang lain bekerja..

20 comments:

  1. makasih..mencari rezeki yang halal tak ape kan..

    ReplyDelete
  2. dah lama dah dia bg tahu pasal ni kat tv.. alhamdulillah perniagaan dia dah semakin berjaya

    ReplyDelete
  3. rezeki masing2 kn.. hope satu hari aku pon leh berjaya cm die.. aminnn :)

    ReplyDelete
  4. Assalam,

    Jenama Ezany ya. Tak pernah jumpa plak eh. Selalu beli cap kipas udang, tamin, Aminah sos... ermmm... kat Giant nanti nak gi tengok..

    ReplyDelete
  5. makasih ye..
    haw
    top iamgine
    mamawana

    ReplyDelete
  6. berniaga off line mmg best .. tapi lagi best berniaga online .. he he

    ReplyDelete
  7. pelakon tu berwawasan..utk masa depan :)

    ReplyDelete
  8. makan kicap air tangan ezani boleh kenyang bertahun2..

    beruntungla orang2 yang matang bila berfikir, waras bila berkata2 & bertimbangrasa bila bertindak :)

    ReplyDelete
  9. Alhamdulillah...usaha tangga kejayaan....:)

    ReplyDelete
  10. ana tak pernah cuba lagi belacan dia,jenama ape ea??

    ReplyDelete
  11. satu langkah yang terbaik bagi menjamin kehidupan pada masa akan datang.

    lama mana lar artist tuh nak bertahan ye dak..

    ReplyDelete
  12. wah,bagus2..berniaga lagi bagus..

    ReplyDelete
  13. terima kasih

    ana..ok la
    cik biskut : berniaga lebih baik la

    ReplyDelete
  14. waa dulu tokeh belacan, sekarang sudah tokeh belacan n kicap...!

    ReplyDelete

Admin Blog Ini Tidak bertanggung Jawab ke atas komen anda yang menyinggung perasaan orang lain..