Sunday, March 6, 2011

Kerajaan baru nak umum...Produk guna kapsul gelatin babi ..


JAKIM akan membuat semakan terhadap produk farmaseutikal yang dibungkus dengan kapsul gelatin positif babi. - Gambar hiasan

GURUN - Produk farmaseutikal yang didapati dibungkus dengan kapsul gelatin positif asid deoksiribonukleik (DNA) babi akan diumumkan bagi memastikan umat Islam tidak terbeli atau terguna produk itu, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom (gambar kecil).

Beliau berkata, produk tersebut turut tidak dibenarkan dijual di kaunter terbuka di semua premis seluruh negara.

Katanya, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan mengadakan mesyuarat khas untuk membuat semakan terhadap produk farmaseutikal berkenaan untuk disenaraikan.

"Senarai produk ini juga akan diumumkan sebagai produk haram kepada umat Islam," katanya. KOSMO

Ulasan... Heran bin ajaib...sebelum ni pihak JAKIM tak buat semakan ke ?...sudah lama ooio..orang Islam makan gelatin ni.kebanyakkan ubat dalam bentuk kapsul diperbuat daripada gelatin..takkan baru sedar..ramai yang dah makan..dan ada yang telah meninggal..dok buat apa tu...kena keja kuat la sheh....ni pasai halal haram..bukan boleh buat main main.. sheh..

14 comments:

  1. hang apa dok buat apa...tak cek ka..dah 50 tahun dah..dok telan benda ni

    ReplyDelete
  2. 50 tahun dok sibuk memikirkan nak cari untung jer...huhuu...

    ReplyDelete
  3. alaahaii sheh tu...'' dok pikr pe je tu.. smpai la ni baru nk cek.. ish3...''

    ReplyDelete
  4. dah berapa banyak ubat aku telan daaa....Allah Maha Mengetahui tapi tugas kita berusaha hindarkan....ini ramai umat Islam was2...tapi sapu gak...terutama makanan segera....alahai....

    ReplyDelete
  5. salam Saudara..
    ermmm..siapa nak tanggung dosa
    dah berapa banyak gelatin babi
    masuk perut orang islam ni?

    ReplyDelete
  6. em...su mamam 35 jenis pil setiap hari...
    rasanya semakin kurang su makan....alhamdulillah dah semakin pulih nie...

    ReplyDelete
  7. makasih

    cikgu sham
    iefa
    assoyfingger67

    ReplyDelete
  8. Eloklah tu, ada juga kesedaran...
    Kat luar tu dah bertahun-tahun orang komplen tapi tak ada yang ambil kisah pun selama ini.

    ReplyDelete
  9. terima kasih
    zulkibo
    colourful life
    sumanje
    norgadis

    ReplyDelete
  10. Entahlah.. ckp lebih2 nanti kena "GAM" plak..

    ReplyDelete
  11. kerajaan patut umumkan syarikat-syarikat atau produk-produk yang mengandungi gelatin babi itu supaya masyarakat diluar sana seperti kita tahu. Pekara seperti itu wajib diketahui umum.

    ReplyDelete
  12. makasih
    mabk.abubakar
    hadi.....kerajaan dok relek lagi tu..

    ReplyDelete
  13. kene cari yg ada tanda halal ke..?
    em...uabat ada yg halal ke...?

    ReplyDelete

Admin Blog Ini Tidak bertanggung Jawab ke atas komen anda yang menyinggung perasaan orang lain..