Wednesday, April 20, 2011

Ha..Hari nie Kita Makan Buger Kukus..Jom Layanz




KEPULAN asap dan percikan api di gerai Burger Junction menarik perhatian orang ramai untuk melihat dengan lebih dekat cara penyediaan burger istimewa itu.


KEMAS beruniform seperti chef, dua orang lelaki di gerai Burger Junction begitu tekun menyediakan pesanan pelanggan yang berkunjung ke gerai mereka.

Seawal pukul 7 malam, gerai kecil yang terletak di Jalan Pandan Aman, Pandan Indah, Ampang itu dibuka bagi menyambut kehadiran pelanggan yang kebanyakan daripadanya merupakan pelanggan tetap bisnes mereka.

Sekali pandang, mungkin orang ramai beranggapan bahawa ia sekadar menyajikan burger biasa. Namun, sebenarnya terdapat keunikan di sebalik bisnes yang baru memulakan operasi Februari lalu itu.

Menggunakan teknik kukus dan gril untuk memasak burger, pengusahanya Nor Afif Rahimi, 24, ramah bercerita mengenai idea tersebut yang telah wujud sejak dia berumur 18 tahun.

“Jika kita lihat burger biasa yang digoreng, dagingnya akan ditekan-tekan di atas kuali leper hingga menyebabkan jus dalam daging menjadi kering. Teksturnya juga menjadi liat.

“Namun dengan teknik mengukus dan gril, daging burger menjadi lembut lantas membuatkannya mudah dipotong dan dikunyah. Jus berperisa dalam daging juga dapat dikekalkan,” jelas Afif.

Pada masa yang sama, menurutnya, teknik tersebut turut menyingkirkan kandungan lemak dalam daging iaitu lemak tersebut akan terkumpul di bahagian bawah pengukus.

Graduan Sains Pentadbiran Universiti Teknologi Mara (UiTM) itu memberitahu, sekurang-kurangnya 10 minit diperlukan bagi mengukus burger tetapi tiada masa maksimum diperlukan kerana daging kukus tidak akan terlebih masak.

Semangat untuk berjaya dalam diri anak muda kelahiran Kuala Lumpur ini tidak pernah padam bahkan dia percaya perniagaan burger kukus dan gril yang dijalankannya kini mampu menjanjikan masa depan cerah buatnya.

Menyedari faktor merebut peluang sebagai salah satu resam berniaga, dia tidak mengambil masa yang lama untuk membuka gerai kedua Burger Junction. Awal April lalu, Afif menambah cawangan gerainya di padang Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ).

Risiko yang diambil dirasakan berbaloi kerana sambutan di kedua-dua gerai amat menggalakkan. Dalam sehari, purata 200 biji burger berjaya dijual bagi kedua-dua gerai.

22 comments:

  1. dulu2 oghang pandang lekeh je pade penjuei beger ni....sekaghang hebat....siap bukak cawangan lagi.....kalo kat lembah kelang ade Otai Burger..... kat Ipoh ade nice burger...... banyak cawangan deme niii

    ReplyDelete
  2. makasih..
    d08..betul tu..dulu depa kata org jual buger lekehkan

    ReplyDelete
  3. kena try ni..kurang kalori..bole diet!!

    ReplyDelete
  4. su penah rasa sekali je ...
    memang berbeza....pure rasanya

    ReplyDelete
  5. terima kasih
    mr Thomas
    afuan Shah...kena try ye..baru tau

    ReplyDelete
  6. idea ni baru nak wat kat cni...rupanya dah ada yg wat...tp takpe itu rezki dia..

    ReplyDelete
  7. kalau sedap nak juga try nih..:)

    ReplyDelete
  8. semalam nengok buger ulau terus tersentap nafsu makan buger

    ReplyDelete
  9. terima kasih
    su..boleh cuba la
    idea loq...Tak pe..boleh cuba mana tau rezeki kita

    ReplyDelete
  10. terima kasih

    Mok & Sons;;sodap bro
    Erynaakma...tak pe..jangan fikir ye

    ReplyDelete
  11. aku kalau makan hot dog...aku rebus jer...tak goreng..huhu

    ReplyDelete
  12. Tq Naz..cuba lah

    Assoy..makasih ye

    ReplyDelete
  13. satu idea yang baik untuk membuka pasaran baru
    belum pernah mencubanya
    tak tau la suka ke tidak
    hehe

    ReplyDelete
  14. Terima kasih

    fromme2u
    Teh : selamat mencuba

    ReplyDelete
  15. 1st time dengar nama nih...
    kat sini belum nmpak lagi gerai burger kukus ..
    usaha kreatif satu peluang untuk berjaya....

    ReplyDelete
  16. terima kasih sudais
    ya di Alor Star Belum ada lagi ye

    ReplyDelete

Admin Blog Ini Tidak bertanggung Jawab ke atas komen anda yang menyinggung perasaan orang lain..