Thursday, April 14, 2011

Harga Emas Melambung...Betul Ke ?


HARGA emas dijangka meningkat sehingga RM4,840 satu auns pada tahun ini. - Gambar hiasan

LONDON - Harga emas dunia diramal meningkat sebanyak 13 peratus pada tahun ini menjadikan harga logam itu mencecah sehingga AS$1,600 (RM4,840) bagi satu auns (28.3 gram).

Kenaikan itu berterusan sejak 2001 didorong oleh kebimbangan terhadap inflasi yang tinggi dan kadar faedah global yang rendah.

"Kami tidak akan terkejut jika melihat harga emas melepasi AS$1,600 sebelum hujung tahun ini," kata Pengerusi Eksekutif firma penyelidikan GFMS Ltd., Philip Klapwijk dalam laporan terbarunya yang disiarkan semalam.

Ramalan itu tidak berubah daripada jangkaan awal yang dikeluarkan pada Januari lalu selepas harga emas mencatat harga tertinggi dalam sejarah iaitu AS$1,478.18 (RM4,472.23) bagi setiap auns di London pada Isnin lalu.

"Para pelabur terus bimbang mengenai inflasi dan kerajaan-kerajaan dilihat kurang berminat untuk mengetatkan polisi kewangan. Kedudukan kewangan kerajaan juga menjadi alasan kenapa pelabur kekal fokus terhadap pasaran emas.

"Penerimaan kenaikan harga oleh para pengguna akan membantu meningkatkan permintaan terhadap barang kemas selain menyediakan platform kukuh untuk pelabur menaikkan harga emas menjadi lebih tinggi," kata Klapwijk. KOSMO

Untuk Lihat Harga emas Sila Layari.. Dinarpenang untuk keterangan lanjut..jom beli emas

12 comments:

  1. dengar khabar memang harga ada naik sekarang ni
    untung sakan la sapa yang bisnes emas

    ReplyDelete
  2. makaseh tehr
    yang lain kena beli la

    ReplyDelete
  3. Artikel yang menarik. Sepertinya dari hari ke hari harga emas terus naik.
    Salam.

    ReplyDelete
  4. Tak jadilah nak beli gelang baru...

    ReplyDelete
  5. sapa yang niat nak jual emas ni le masanye heheh

    ReplyDelete
  6. kak Zmah..tunggu dulu ye..seminggu 2 turun kita beli ye

    ReplyDelete
  7. Makasih Nuriz..

    jangan Jual ye..simpan ..nak guna kita pi arrahnu ye

    ReplyDelete
  8. jangan harga beras dah.....kurus aku nnt..huhu...akhir zaman semuanya naik.....duniapun naik "syeh"...

    ReplyDelete
  9. makasih

    Assoyfingger..kawan blogger aku

    ReplyDelete
  10. untunglah sapa yang byk brg kemas tu kan.... memang dijangka harga emas akan naik & terus naik...

    asfoyfingger..
    betul tu...sekarang ni semua naik... sampai manusia pun ramai yang naik lemak sekarang ni hihihi

    ReplyDelete

Admin Blog Ini Tidak bertanggung Jawab ke atas komen anda yang menyinggung perasaan orang lain..