Thursday, April 28, 2011

Jangan Jadi Keldai Dadah

Gambar Hiasan Google

Keldai dadah merujuk kepada seseorang yang secara rela atau diperdaya untuk menjadi kurier, membawa dadah atau barang seludup ke negara lain. Taktik ini mengurangkan risiko pengedar/penyeludup dadah itu ditangkap. Kaedah penyeludupan temasuklah menyembunyikan barang dalam kenderaan, bagasi atau pakaian, mengikat pada badan, ataupun dengan menelannya.

Sehingga kini,Seramai 365 wanita rakyat Malaysia ditahan di luar negara kerana terbabit menjadi "keldai dadah" sejak hampir 20 tahun lalu, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Timbalan Menteri Luar, Senator A Kohilan Pillay, berkata jumlah itu adalah lebih separuh daripada 729 rakyat Malaysia yang ditahan atas kesalahan dadah di luar negara.

Sejak 1991 hingga Mac 2010, sebanyak 1,560 kes dilaporkan membabitkan rakyat Malaysia ditahan di luar negara atas pelbagai kesalahan jenayah, termasuk 729 kes kesalahan dadah, katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2009) 2010 di peringkat jawatankuasa bagi Kementerian Luar.

Kohilan berkata, sebuah Tabung Amanah Rakyat Malaysia diwujudkan bagi memberi bantuan guaman dan kewangan melalui perwakilan Malaysia serta membawa pulang rakyat Malaysia yang dibebaskan daripada tahanan.

Bagi menangani gejala "keldai dadah", beliau menggesa agensi berkaitan seperti Kastam, Imigresen dan Polis supaya mengetatkan lagi kawalan keselamatan di semua pintu keluar masuk lapangan terbang antarabangsa di negara ini.

"Di pihak kementerian, Wisma Putra baru-baru ini menerusi siaran langsung RTM (Radio Televisyen Malaysia) dalam segmen dialog keldai dadah telah menasihati terutamanya ibu bapa dan wanita supaya tidak terjebak atau teraniaya dengan sindiket pengedaran dadah berkenaan,".Bernama.

Ulasan : Ramai yang terjerbak adalah terdiri dari pelajar pelajar Malaysia, dan mereka pergi keluar negara melancung dengan rakan rakan atau teman teman..rapat, masa inilah mereka mengambil kesempatan untuk memasukkan dadah ke dalam bagasi teman mereka..hati hati ye.......

21 comments:

  1. jangan terpedaya dengan pujukan teman anda

    ReplyDelete
  2. Korang rasa sapa yang lagi terror dan poyo..??

    Engineer kah?
    Doktor kah?
    Peguam kah?


    http://nabilasaat.blogspot.com/2011/04/kontest-sapa-lagi-terror-dan-poyo.html

    ReplyDelete
  3. Keldai yg sebenar pon tak berani nak bawa dadah...manusia yg ada otak+akal ni pulak yg ingin sgt jadi keldai tu kenapa yer...

    ReplyDelete
  4. sebab tu dari awal kene bijak memilih kenalan..takut kene tipu

    ReplyDelete
  5. selalunya dalam berita wanita lebih banyak dijadikan keldai dadah oleh mat2 laki nieh....beware :)

    ReplyDelete
  6. cinta...pelsu
    RM...kaching2
    dunia owh dunia...
    tak pasal2 jadi keldai

    ReplyDelete
  7. tq apple hijau..

    itulah dunia hanya sementara

    ReplyDelete
  8. ramai wanita malaysia ni mudah terpedya, tapi lelaki pun jgn pernah alpa.

    saya sejujrnya amt risau ketika melancong ke luar negara. risau takut2 ada pihak masukkan dadah atau benda terlarang di dalam bagasi kita. Kepada Allah dipohon doa agar terhindar dari kejahatan manusia.

    ReplyDelete
  9. jelaS nampak sangat orang kita mudah terpengaruh dengan duit.semua ini sebab wang ganjaran yang ditawarkan.untung2 lepas,lumayan.tapi sangat kasihan kalau ada yang terkena sebab dianiaya..menyedihkan.

    ReplyDelete
  10. terima kasih
    Shameel..say pun mcm tu...rasa risau juga bila naik kpl terbang


    Biskut...tq the komen

    ReplyDelete
  11. inilah yang agak menampakkan kepada kita bahawa masyarakat kita- terutama wanita sangat mudah terpedaya dengan kata-kata manis dan juga wang ringgit..
    menyedihkan.

    ReplyDelete
  12. nabila saat ni dok main tanya poyo terer plak...

    sanggup tuu depa ni..boh dadah dalam pungkoq..duit punya pasal...
    duit ni..sampai mati pun tak habih2...

    sebut pasai duit...semua org dimuka bumi ni ada masaalah..

    ReplyDelete
  13. terima kasih

    Kay mesin gun

    tokeh besar

    ReplyDelete
  14. musuh utama negara..kalau tembak bertubi2 pun x kan mati punya musuh ni..

    ReplyDelete
  15. sekarang ni bukan je keldai dadah, tapi banyak untung lagi keldai manusia.
    akibatnya banyak le makhlik tak dikehendaki masuk tampa pengetahuan kita.
    mereka bebas sementara keldai ni pula umpama filem transporter....
    ish....menyusahkan.

    ReplyDelete

Admin Blog Ini Tidak bertanggung Jawab ke atas komen anda yang menyinggung perasaan orang lain..