Sunday, April 17, 2011

Sarawak bukan lagi 'simpanan tetap' BN


Pakatan Rakyat berjaya menembusi di Sarawak, dengan menggandakan bilangan wakil rakyatnya di Dewan Undangan Negeri (DUN) dan berjaya melumpuhkan parti parti komponen kedua terbesar BN Sarawak, Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP).
Penolakan rakyat terhadap BN jelas berlaku di kawasan bandar di mana SUPP tumpas teruk, manakala presidennya sendiri, Tan Sri George Chan gagal mempertahankan kerusi Piasau, yang sudah sekian lama diwakilinya.

Paling mengejutkan ialah kejayaan calon PKR - seorang muka baru - menewaskan timbalan menteri dari SPDP. Satu lagi kejutan ialah kemenangan calon Bebas, George Lagong, yang menewaskan calon muka baru PRS, Stanley Nyitar @ Unya Anak Malan dalam pertandingan empat penjuru.

PKR juga mencatat kemenangan simbolik di Ba'Kelalan, di mana pengerusi PKR Sarawak, Baru Bian - walaupun menang tipis dengan majoriti 473 undi - tetapi merupakan kemenangan pertama parti itu di pedalaman Sarawak. Dan apa yang sudah jelas ialah kemenangan besar DAP yang memenangi 12 daripada 15 kerusi yang ditandinginya. MALAYSIAKINI

Nota : apa pun kita bersyukur kerana tiada kejadian yang tidak di ingini berlaku..tahniah kepada rakyat Serawak itu pilihan anda....

6 comments:

  1. Semoga Segala janji yg ditaburi sebelum ini akan dipenuhi selepas ini..Jgn ada pula seperti kebiasaan.."KAU MUNGKIR JANJI"....

    ReplyDelete
  2. betul tu eye_nee..tq..janji tetap janji te

    ReplyDelete
  3. tahniah..tahniah...
    yang terlibat tu..masyukkk ker???

    ReplyDelete
  4. janji mesti ditepati. boleh jadi juga diri dimakan janji.

    ReplyDelete
  5. makasih ye

    tokeh besar...ada yang masyuk tuu

    ct payung...ya janji mesti di tepai..

    kita tunggu Pru 13...pasti hebat ye kan

    ReplyDelete

Admin Blog Ini Tidak bertanggung Jawab ke atas komen anda yang menyinggung perasaan orang lain..