GEORGE TOWN – Pengguna beragama Islam di negeri ini dinasihat berhati-hati jika berkunjung ke restoran atau kopitiam yang mempamerkan pensijilan halal bukan daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).
Ini kerana, hasil siasatan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP), ada kemungkinan pengusaha premis itu menggunakan produk keluaran dua pembekal yang dibatalkan permohonan sijil halal Jakim baru-baru ini.
Dua produk berasaskan daging dan tepung keluaran syarikat terbabit dipercayai mengandungi asid deoksiribonukliek (DNA) babi yang dibekalkan syarikat dari Pulau Pinang dan Kuala Lumpur.
Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan Halal JHEAIPP, Faizal Ibrahim (gambar) berkata, produk tersebut kerap digunakan oleh pengusaha restoran dan kopitiam, justeru pihaknya percaya masih ada premis menggunakannya.
Menurut beliau, JHEAIPP dengan kerjasama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) negeri akan menjalankan siasatan dan pemantauan di lebih 300 premis yang dikenal pasti.
Oleh NOOR HASLIZA NUSI
hasliza.nusi@kosmo.com.my
masih hairan kenapa..orang Islam suka pi kedai kopi tiam
ReplyDeletelebih baik mkn dikedai melayu islam. selamat dari syak...
ReplyDeleteSalam, dik luqman. Ya, tak usahlah susah2 ke kopitiam. Banyak kedai melayu yang boleh menyediakan makanan pelbagai hidangan...:)
ReplyDeletetadi baca kat paper. Memang kena pantau selalu, kadang2 tulis je halal tapi kandungan tak pasti betul ke halal, ni halal di tulisan dan cop je.
ReplyDeletemakasih
ReplyDeleteRazif
kak Imun...ye la..kita makan kedai Orang Islam'
Nuriz ..Tq ye
macam2 penipuan lani....malah dah lama..ssh makan diluar
ReplyDeletekena p kedai mamak gak la camni
ReplyDeleteterima kasih
ReplyDeletesudais
khairul...kena tukar kedai
Elok makan dekat kedai melayu.rasa selamat sikit
ReplyDelete