KUALA LUMPUR - Walaupun pihak berkuasa meminta agar pengusaha pasar raya dan peruncit mengasingkan segera mentega mengandungi asid deoksiribonukleik (DNA) babi ke seksyen tidak halal, namun masih ada yang tidak peduli.
Tinjauan Kosmo! di beberapa pasar raya mendapati mentega jenama Pure Creamery Butter-Golden Churn yang disahkan tidak halal oleh Jabatan Kemajuan Islam (Jakim) Isnin lalu masih diletakkan bersama produk halal lain di pasar raya.
Sebuah pasar raya di Jalan Cheras di sini didapati seolah-olah tidak peka dengan arahan terbabit kerana mempamerkan produk itu bersama mentega halal lain.
Selain hanya mengasingkan produk itu beberapa sentimeter dari produk halal, tiada sebarang notis tidak halal ditampal pada bahagian mentega DNA babi terbabit.
Bagaimanapun, tinjauan di empat lagi pasar raya terkemuka di Ampang, Taman Midah, Jalan Peel dan Jalan Loke Yew di sini tidak menemui produk mentega babi yang dijual pada harga RM7.99 itu.
Kosmo! semalam melaporkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) meminta semua pengusaha pasar raya dan peruncit mengasingkan segera mentega terbabit ke dalam rak seksyen tidak halal.KOSMO
bahaye ni..sape tak tau isu semasa,tau buat kuih je ade kemungkinan kena laa..huuu
ReplyDeleteorang Islam kena peka dalam halini
ReplyDeleteehh..tak tahu pun..nii baaaru tahu..tens neway..=)
ReplyDeletemakasih eady
ReplyDeletesalam...saya terjumpa mantega tu kat GIANT sG.Udang Melaka...mereka wat tak tahu jea...
ReplyDeleteSalam buat sahabat.
ReplyDeleteDi kejauhan ini,dihujung pucuk pepohon Ramadan yang kian hampir musim gugurnya...Ingin aku pohon maaf sepuluh jari diselangi senyuman dan ucapan Selamat Hari raya buat kao sekeluarga kerana aku tak pasti dapat melakukannya bila masa kian hampir nanti.Wassalam.