Tuesday, September 27, 2011

Tiada lagi sukan laga lembu di Barcelona


LEMBU terakhir yang mati dibunuh ditarik keluar dari arena Monumental di Barcelona kelmarin.

BARCELONA, Sepanyol - Seekor lembu jantan dibunuh di Catalonia kelmarin sebelum pengharaman sukan tersebut berkuat kuasa di arena Monumental, Barcelona.

Haiwan seberat 570 kilogram itu dibunuh oleh seorang matador berusia 28 tahun, Serafin Marin.

Para penonton seramai 18,000 orang menyaksikan majlis terakhir laga lembu jantan tersebut.

Sebahagian daripada mereka menjulang tiga matador yang mengambil bahagian dalam pertarungan dengan lembu jantan.

Larangan sukan tersebut akan bermula pada Januari tahun depan.

Parlimen Catalonia mengundi pada Julai 2010 untuk mengharamkan sukan tersebut.

Pengundian itu dibuat selepas beberapa kumpulan hak asasi manusia mendapatkan 180,000 tandatangan bagi meminta sukan tersebut dibincangkan.

Para peminat sukan itu bergambar di arena tersebut sebagai kenangan.

"Adalah amat penting untuk datang ke sini hari ini," kata seorang peminat sukan itu, Juan Jose Cabedo.

Dia sanggup menempuh perjalanan sejauh 200 kilometer untuk menyaksikan acara itu.

"Kami berasa sedih dan marah," katanya.

Namun, kira-kira 30 aktivis hak asasi haiwan meraikan penamatan acara laga lembu itu. - AFP


12 comments:

  1. Elok la diharamkan. Buat penaya lembu je. Fitrah aktivis hak asasi telah membuatkan mereka benci penganiayaan terhadap haiwan

    ReplyDelete
  2. baguih la camgitu.. kesian lembu tu

    ReplyDelete
  3. apala orang sepanyol ni.. kalau orang Islam lakukan dia orang kata pengganas

    ReplyDelete
  4. elok la dah diharam kan tu...binatang tu tak berdosa..dibunuh pulak tu..
    lopeh tu di buatnya untuk gelak ketawa...

    ReplyDelete
  5. harapnya berkekalan la larangan ni...kesian gak aku tengok lembu yg jadi mangsa dalam mende2 gini...

    ReplyDelete
  6. mmg patutla..x baik seksa binatang kan...

    ReplyDelete

Admin Blog Ini Tidak bertanggung Jawab ke atas komen anda yang menyinggung perasaan orang lain..