Friday, November 18, 2011

Zarina Anjoulie: Saya yang menanggung dosa

Tak sepatutnya berkata sebegituye.....Kalau Anda Seorang Mulim


15 Nov – Aktres kontroversi, Zarina Anjoulie Lavocah tampak bersahaja saat diajukan isu gambar seksi di majalah FHM Indonesia edisi Oktober lalu, mengakui ia dilakukan atas pilihannya sendiri walaupun sedar akan mengundang kebencian daripada orang ramai.

Ditemui ketika majlis pelancaran filem terbarunya, "Khon Malay", Zarina memberitahu dia menjalani penggambaran fotografi dua bulan lalu di Singapura selepas pihak FHM Indonesia memberi tawaran sebanyak dua kali.

"Mereka pernah menawarkan saya untuk melakukan penggambaran fotografi ini sebanyak dua kali tetapi saya menolaknya sebelum ini kerana pakaian yang diberikan terlalu seksi seperti berbikini.

"Kali ini saya menerima tawaran mereka kerana pakaian yang diberikan lebih tertutup walaupun menyedari kutukan dan cacian yang bakal diterima," jelas Zarina yang pernah terlibat dengan gambar-gambar seksinya yang tersebar luas di internet sekitar tahun 2008.

"Terus-terang saya tidak peduli apa yang orang ingin katakan tentang diri saya. Jadi diri sendiri adalah pegangan hidup saya. Oleh itu kepada sesiapa yang ingin mengutuk atau membenci, saya tidak boleh berbuat apa-apa.

"Jika masyarakat ingin bercakap buruk tentang diri saya, ia terpulang kepada mereka kerana saya yang menanggung dosa," luah Zarina.

Nama aktres yang menempa populariti menerusi drama bersiri "Anak Pontianak" ini tidak pernah sunyi daripada terpalit sebarang kontroversi berbanding dengan kariernya.

Terbaru Zarina bakal membintangi filem aksi "Khon Malay" di samping pelakon utama, Faizal Hussein yang akan memulakan penggambaran penghujung November lalu.

Filem terbitan Northstar Acres Sdn. Bhd. ini mengisahkan kesungguhan seorang wanita yang ingin menjadi ahli sukan tinju yang berjaya.

16 comments:

  1. aDoiii... dia cakap baju nih lebih terTutup?? hurM tertutup nyer la hai.. huhuhu

    mekaceh yer jenguk blog saye...

    ReplyDelete
  2. wah dosa yang disebut tu macam ringan je kan.....pedih azab Allah di sana nanti...siapa nak tolong?

    ReplyDelete
  3. Salam,

    Nak buat bini mcm mana pompuan mcm ni! Habis semua geng dah tgk nenen dia yg terdedah..

    MasyaAllah, Istghfirullah....

    ReplyDelete
  4. huhu..itulah terlampau nak mencari nama ...

    ReplyDelete
  5. teruknya.. abu luqman sy ada tag awk.. meh la tgk..

    ReplyDelete
  6. Dia bukan jadi sendiri, tapi ikut syaitan. Asal usul diri kita adalah fitrah yg sukakan kebenaran.

    ReplyDelete
  7. seriusly aku tgk kat tv die ckp mlm td, menyampah gile... gile belagak...

    ReplyDelete
  8. Org Malaysiakah tu, nampak sangat saya ni tak ikut perkembangan artis huhuhu...

    ReplyDelete
  9. Orang Malaysiala...dia ni dulu berlakun gambar anak pontianak

    ReplyDelete
  10. suka first line.
    tepat sangat.kecewa jugak coz dia tanpa rasa bersalah pun..hemm..kecewa sedara islam macam ni.hanya mampu doa je la

    ReplyDelete

Admin Blog Ini Tidak bertanggung Jawab ke atas komen anda yang menyinggung perasaan orang lain..