Sunday, December 18, 2011

Jangan sampai pengguna dibuli..Apa nak jadi nie


Huhu..ikan kembung sampai rege..rm 12 sekilo..patutke.

luqman.ridhwan@kosmo.com.my
KUALA LUMPUR – Orang ramai diminta bertindak tegas dengan memboikot peniaga yang didapati sengaja menaikkan harga ikan bagi meraih keuntungan lebih.

Pengerusi Jawatankuasa Penasihat Persatuan Pengguna Islam Malaysia, (PPIM), Tengku Azwil Tengku Abdul Razak berkata, ini kerana ada segelintir peniaga yang sengaja menggunakan alasan musim tengkujuh yang melanda Pantai Timur sekarang untuk menjual ikan pada harga yang tinggi.

“Kita tidak seharusnya membiarkan diri kita terus dibuli peniaga-peniaga berkenaan kerana pada hakikatnya mereka memerlukan pengguna untuk terus hidup.

“Pengguna perlu bijak menunjukkan kuasa yang ada pada mereka dengan memboikot peniaga yang menjual ikan pada harga terlalu mahal,” katanya ketika dihubungi Kosmo! Ahad di sini semalam.

Beliau mengulas kenaikan harga ikan di pasaran yang dijangka berterusan sehingga Februari tahun hadapan akibat musim tengkujuh.

Dalam laporan Kosmo! semalam, ada peniaga di Alor Setar, Kedah menjual ikan kembung pada harga RM10 hingga RM12 sekilogram berbanding RM3 sahaja sebulan lalu.

Menurut Tengku Azwil, jika kesemua 28 juta pengguna di negara ini bersatu, masalah kenaikan harga ikan itu tidak akan timbul kerana peniaga dan peraih akan berfikir dua kali sebelum meneruskan niat untuk menjual mahal.

“Kita perlu boikot mereka (peniaga) yang menaikkan harga tetapi apa yang menjadi masalah walaupun harga ikan mahal, ia tetap dibeli,” katanya.KOSMO

7 comments:

  1. Assalamualaikum.

    Mana boleh sampai begitu, perbuatan tidak baik dan menganiaya orang.

    ReplyDelete
  2. ye lah...janganlah buat macam ni kat pengguna...kita ni nak tak nak...beli jugak..sebab nak makan kan..

    ReplyDelete
  3. wat macam mana..kalau kita beli di pasar malam pun mahal ye

    ReplyDelete
  4. simpati dgn golongan yg kurang berkemampuan.....
    menderita dinegara sendiri....

    ReplyDelete

Admin Blog Ini Tidak bertanggung Jawab ke atas komen anda yang menyinggung perasaan orang lain..