Monday, December 12, 2011

Untung Ana Dahlia Kawin Dengan Chef Riz




CHEF Wan menepung tawar anaknya, Chef Riz bersama Ana Dahlia pada majlis persandingan di Dewan Banquet Menara Kamalbina, Kamunting, Taiping malam semalam.

TAIPING - Dengan sekali lafaz, juri rancangan pencarian tukang masak selebriti, Masterchef, Chef Riz, 29, sah menjadi suami kepada pelakon, Ana Dahlia, 28, semalam.

Pasangan itu dinikahkan oleh Naib Kadi Kampung Batu 8, Changkat Jering, Nawi Osman di rumah pengantin perempuan di Kampung Bendang Siam, Changkat Jering di sini pada pukul 12.25 tengah hari.

Ana Dahlia atau nama sebenarnya Diyana Mastura Jaafar menerima wang hantaran RM20,000 dan mas kahwin RM1,001 serta sebentuk cincin.

Dia yang pernah membintangi filem genre seram Mantra menerima 13 dulang hantaran daripada suaminya dan membalas 15 dulang hantaran bagi pihak pengantin perempuan.

9 comments:

  1. wah....takyah susah ana masok dapor...emmmm kita tunggu dan lihat.

    ReplyDelete
  2. Dapat la belajar resepi masakan yang sedap2.....:D

    ReplyDelete
  3. untung kan...boleh suh suami masak apa-apa je yang dia idamkan nak makan...tak risau dah kalau mabuk-mabuk ngandung esok-esok...he he he

    ReplyDelete
  4. hehe untung ye..dapat suami chef terkenal masak ye

    ReplyDelete
  5. tuah aym nmpk d kaki tuah mnusia ?

    ReplyDelete

Admin Blog Ini Tidak bertanggung Jawab ke atas komen anda yang menyinggung perasaan orang lain..