Sunday, January 1, 2012

Demo UPSI: Siswa cedera, 20 ditahan



Kira-kira 20 aktivis mahasiswa ditahan polis dan seorang cedera dalam perhimpunan prokebebasan akademik di depan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di Tanjung Malim malam tadi.

Menurut saksi, Presiden Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik Muhammad Safwan Anang dibawa ke hospital berdekatan setelah gagal mendapat rawatan di klinik berdekatan.

Dakwanya, mulut pemimpin mahasiswa itu kelihatan berdarah setelah cuba diredakan polis dalam perhimpunan yang disertai kira-kira 60 itu.

Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) dalam Twitter mereka mengesahkan Muhammad Safwan dibawa ke Hospital Tanjung Malim sebelum dipindahkan ke Hospital Slim River.

Pemimpin Pemuda PKR Rozan Asen Mat Rasip -- yang kemudiannya berkumpul bersama NGO yang rapat dengan Pakatan Rakyat -- di balai polis tempat mahasiswa ditahan berkata, beliau difahamkan Muhammad Safwan dalam keadaan serius.

Antara yang ditahan Presiden Kumpulan Aktivis Independen Mahasiswa (KAMI) Haziq Abdullah Abdul Aziz dan aktivis Parti Sosialis Malaysia (PSM) Mandeep Singh.

Tangkapan bermula selepas tengah malam sehingga jam 4 pagi tadi.

[Baca berita penuh]

14 comments:

  1. takkan dengan pelajar pun nak pukul sampai mati

    ReplyDelete
  2. sedih tgk pelajar ni berlumuran darah

    ReplyDelete
  3. studen bukan ada senjata..fikirlah wahai polis

    ReplyDelete
  4. Pengganas ke dia org ni,FRU penuh dgn kelengkapan.

    ReplyDelete
  5. sudah tentu ada dalang di sebalik demonstrasi tersebut...tak cukup ke negara aman...kalau nnt jadi mcm negara timur-tengah padan muka...

    ReplyDelete
  6. ada yang mereka tak puas hati la tu..

    ReplyDelete
  7. salam..
    selamat tahun baru 2012 Bro..
    harapan tahun ini lebih success dari tahun sebelumnya..

    harapan ada penyelesaian segera isu
    pelajar2 ini..lambat laun bangsa kita juga yang rugi bila bertelagah sebegini

    ReplyDelete
  8. salam ziarah.. :).. nape berat benar blog ni ye..huhu..

    ReplyDelete
  9. biasa je bro...internet..slow kut

    ReplyDelete
  10. ada laa dalang yg hasut pelajar2 ni...mereka ni hanya jadi 'buah catur' pihak2 yg berkepentingan jahat. mungkin juga pihak tu dtg dari luar negara...yg mahu lihat negara ini huru-hara dan tak aman.

    ReplyDelete
  11. apa pun berbincang dulu ye..baru sepakat

    ReplyDelete
  12. sebgai mahasiswa/siswi sepatutnya bawak tauladan yang baik ..aduhai ,malu3 ..!

    ReplyDelete
  13. takkan dengan pelajar pun nak pukul sampai mati

    ReplyDelete

Admin Blog Ini Tidak bertanggung Jawab ke atas komen anda yang menyinggung perasaan orang lain..