Monday, March 12, 2012

Awas.III lolipop Berbahaya

S.M. MOHAMED menunjukkan lolipop yang disekat kemasukannya ke negara ini kerana dipercayai mengandungi bahan kimia berbahaya pendafluor di Pulau Pinang baru-baru ini. KUALA LUMPUR - Kerajaan mengenakan larangan bagi kemasukan sejenis gula-gula lolipop kerana dipercayai mengandungi bahan kimia berbahaya, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai semalam. Beliau berkata, pihak kementerian telah pun meningkatkan kawalan di pintu masuk negara untuk menghalang kemasukan lolipop pendafluor itu. "Bahan itu kini diletakkan pada tahap 5 iaitu pengimportannya diletakkan di bawah syarat kebenaran sebelum diletakkan pada tahap 6 iaitu gula-gula berkenaan langsung tidak dibenarkan dibawa masuk," katanya selepas merasmikan Karnival Kesihatan Jom Sihat di Kolej Tunku Abdul Rahman di sini semalam. Beliau percaya lolipop itu dibawa masuk dari luar negara kerana serbuan pihak penguat kuasa di alamat pengeluar yang tertera pada pembungkus gula-gula tersebut didapati palsu. Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) baru-baru ini menggesa kerajaan mengharamkan penjualan gula-gula lolipop pendafluor kerana didakwa mengandungi bahan kimia berbahaya. Presidennya, S. M. Mohamed Idris berkata, bahan kimia yang terkandung pada batang pendafluor itu sangat berbahaya tetapi ia menjadi kegilaan kanak-kanak. KOSMO

8 comments:

  1. kerana hendak menarik perhatian kanak kanak..pengilang sanggup buat apa saja

    ReplyDelete
  2. salam.thx info..alamak.sy dh lah suke lolipop..hiiii

    ReplyDelete
  3. kenapalah berita mcm ni x di hebahkan di tv atau radio ?

    ReplyDelete
  4. lol alamak bru je mkn tdy masa at kelas tmbahan..oh tidakkkk!!!dlm lolipop tu ada swinggum dlm tu..sedappp..=))

    ReplyDelete
  5. la ni macam macam ..dijual kepada kanak kanak

    ReplyDelete
  6. bertindak bijak jgn anak2 menjadi mangsa...

    ReplyDelete

Admin Blog Ini Tidak bertanggung Jawab ke atas komen anda yang menyinggung perasaan orang lain..