Sunday, April 1, 2012

Terkini....Azza (Elite) & Azlan Selamat Diijabkabulkan


Azza (Elite) kini sah menjadi isteri kepada pramugara AirAsia, Azlan selepas dua tahun bercinta. - Foto oleh ROHAIZAT DARUS
AMPANG: Selepas hampir tujuh tahun menjadi janda, pelakon dan penyanyi Azza(Elite) akhirnya sah bergelar isteri kepada pramugara penerbangan AirAsia iaitu Azlan Zulaily dengan hanya tiga kali lafaz.
Kedua-dua pasangan itu dinikahkan oleh Imam Masjid Bukit Antarabangsa ustaz Hakim Abdul Rahman di sini pada Ahad selepas solat Asar.
Azza atau nama sebenarnya Nor Azzarima Zawari,34, kelihatan ayu mengenakan pakaian nikah rekaan Syafeq Aiman berwarna krim sementara solekan pula sentuhan Deq Sha.
Pada majlis itu pihak lelaki membawa sembilan dulang hantaran yang antaranyaterdiri daripada beg tangan, buah-buahan, Al-Quran, coklat, cincin, manisan serta emas kahwin berjumlah RM300.
Pihak perempuan pula membalas sebanyak 11 dulang hantaran antaranya minyak wangi, sirih junjung, buah-buahan, cincin dan persalinan.
Kedua-dua belah pengantin bersetuju dengan jumlah wang hantaran sebanyak RM10,000.
Majlis yang serba sederhana itu turut dihadiri oleh keluarga terdekat kedua-dua belah pihak, rakan-rakan media serta teman artis seperti Rozita Che Wan, Roslan Shah serta anggota Elite iaitu Abby Abadi, Watie dan Sasha.
Azza yang mengenali Azlan, 25, sejak dua tahun lalu berharap perkahwinan tersebut adalah terakhir buat dirinya selepas kegagalan rumah tangganya sebelum ini.

“Saya berharap perkahwinan ini akan membawa kebahagiaan kepada saya dan Azlan. Syukurlah dia boleh menerima saya seadanya walaupun jarak usia kami hampir sembilan tahun,” katanya.
Sementara itu Azlan yang mengenakan pakaian baju Melayu putih gading pula menganggap faktor perbezaan usia bukan penghalang untuk dia mencintai wanita itu.
“Azza seorang yang ramah dan tidak susah untuk memahaminya. Yang penting sikap lucunya itu telah membuka hati saya untuk jatuh cinta kepadanya,” kata Azlan.
Majlis resepsi kedua-dua pasangan itu mendapat tajaan pasaraya Mydin dan akan diadakan di Ipoh pada tarikh yang belum ditetapkan lagi.
Azza sebelum ini pernah berkahwin dengan Mohd Ehsan Tun Ahmad Zaidi Adruce pada 14 Februari 2001 di Masjid Kampung Baru, Kuala Lumpur dan berpisah pada tahun 2005.
Hasil perkahwinan itu mereka tidak mendapat cahayamata sebaliknya Azza memilih untuk memelihara seorang anak angkat iaitu Marissa Janna yang kini berusia tujuh tahun. MSTAR..

3 comments:

Admin Blog Ini Tidak bertanggung Jawab ke atas komen anda yang menyinggung perasaan orang lain..