Monday, April 30, 2012

Gadis tomboi disyaki turut diperkosa

KOTA BHARU - Siasatan polis berhubung kes kematian seorang gadis tomboi, Nor Ain Shafnie Mohd. Azizi (gambar) yang mayatnya ditemui dibakar bersama motosikalnya di kawasan ladang kelapa sawit di Jeram Tekoh, Gua Musang minggu lalu percaya mangsa turut dirogol sebelum dibunuh.
Bagaimanapun, polis masih menjalankan siasatan lanjut berhubung perkara tersebut dengan menyoal siasat sembilan suspek termasuk dua wanita yang ditahan berhubung kejadian itu mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan itu.
Kesemua mereka merupakan rakan-rakan Nor Ain Shafnie, 16, dan kebanyakan mereka adalah penagih dadah.
Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman memberitahu, pihaknya tidak boleh mendedahkan lebih banyak maklumat kerana bimbang ia akan mengganggu siasatan.
"Polis mengesyaki gadis berkenaan telah dirogol sebelum dibunuh dan dibakar. Siasatan masih berjalan dan kita tidak boleh dedahkan semuanya," katanya ketika ditemui selepas mengadakan lawatan di Pasar Siti Khadijah dan Buluh Kubu di sini semalam.

11 comments:

  1. kesian dia..dah kena rogol dibunuh pulak ye

    ReplyDelete
  2. skrg ni banyak sangat kes bunuh...sikit2 dah kena bunuh...iskk takutla pulak

    ReplyDelete
  3. zaman sekarang ......dunia semakin hujung ke penghujungnya

    Menarik di blog mimi tentang--Gambar Pisang Berbuah Dua kali

    ReplyDelete
  4. bila nafsu menguasai diri....syaitan ketawa segeh gigi.

    ReplyDelete
  5. suka2 dia je nak bakar orang..takde perikemanusiaan langsung.Bkn hak manusia cabut nyawa sesama sendiri

    ReplyDelete
  6. mati dalam keadaan ngeri, mintak dijauhkan,

    ReplyDelete
  7. Al-Fatihah, semoga dicucuri rahmat ke atas ruhnya..

    ReplyDelete

Admin Blog Ini Tidak bertanggung Jawab ke atas komen anda yang menyinggung perasaan orang lain..