Recent parents Thomas Beatie and wife Nancy Roberts are in Spain for a TV interview with their daughter Susan. Thomas Beatie, called before Tracy, is the first man to get pregnant in history.
HONOLULU: “Lelaki” pertama di dunia yang berjaya melahirkan zuriat sendiri semalam mengumumkan dia kini berpisah daripada isterinya.
Thomas Beatie mengambil keputusan meninggalkan pasangannya, Nancy, selepas sembilan tahun hidup bersama.
Pengakuan Beatie, 38, dibuat ketika dia diwawancara sebuah program bual bicara perubatan, The Doctors, yang akan ditayangkan di Amerika Syarikat.
Kata Beatie, seperti perkahwinan lain, mereka melalui detik suka dan duka sepanjang sembilan tahun bergelar suami isteri.
“Ketika ini kami melalui detik sukar dan kami tinggal berasingan,” katanya.
Beatie - lahir sebagai bayi perempuan dan diberi mana Tracy Lagindino - menjadi perhatian apabila menjalani pembedahan menukar jantina menjadi lelaki.
Namun, dia tidak membuang rahimnya dan setakat ini melahirkan tiga anak.
Selepas bertemu Nancy, dia jatuh cinta dan menukar jantina kerana undang-undang Hawaii tidak membenarkan pasangan sejenis berkahwin.
Nancy, 49, mempunyai dua anak hasil perkahwinan terdahulu, tetapi tidak lagi boleh hamil selepas menjalani pembedahan. Justeru, Beatie mengekalkan organ peranakannya dan berhenti mengambil ubat hormon lelaki bagi membolehkan dia hamil.
Baru-baru ini, dia menyempurnakan proses penukaran jantinanya dan menjalani pembedahan terakhir menjadi lelaki. - DM..Hmetro
macam cam duai la nie
ReplyDeleteuihh.. dasyat... (-_-')
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeletepening la dengan perangai manusia mcm nie... isk3..
ReplyDeleteooo..dia buat pembedahan
ReplyDelete"lelaki" hamil..wah!
ReplyDeleteada lelaki nak jadi perempuan, ada perempuan nak jadi lelaki..isk..isk..isk dunia sekarang. semoga kita dan seluruh keturunan kita dihindarkan dari segala perbuatan yang tidak di redhai Allah
ReplyDeletehuhu..dunia sudah tua
ReplyDeletehuhu..dunia sudah tua
ReplyDelete