Sebagai anak jati Pulau Pinang, saya sedar
dan tahu akan kedudukan sebenar atau apa yang berlaku dan dilakukan sebelum
pilihan raya 2008. Banyak masalah berkaitan orang Melayu/Islam bermula sebelum
2008 dan berterusan hingga ke hari ini.
Saya perturunkan fakta kewangan berkaitan
Hal Ehwal Agama Islam yang dilaksana oleh Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang
sejak ia mentadbir negeri pada 2008. Ia adalah fakta, bukan sesuatu yang
direka-reka untuk menyedap hati atau sebagai hiasan jendela. BN merujuk kepada
pentadbiran Barisan Nasional pimpinan Parti Gerakan dan PR merujuk kepada
pentadbiran Pakatan Rakyat pimpinan DAP.
1. PERUNTUKAN BERKAITAN HAL EHWAL AGAMA
ISLAM
Tahun 2008 (BN) …………..RM25.7 juta
Tahun 2009 (PR)……………RM33.2 juta
Tahun 2010 (PR)……………RM38.9 juta
Tahun 2011 (PR)……………RM45.7 juta
Tahun 2012 (PR)……………RM64.03 juta
2. SAGUHATI TAHUNAN GURU KAFA
Tahun 2008 (BN)…………..RM659,000.00
Tahun 2009 (PR)……………RM879,000.00
Tahun 2010 (PR)……………RM913,200.00
Tahun 2011 (PR)……………RM900,000.00
Tahun 2012 (PR)……………RM900,000.00
3. PERUNTUKAN TAMBAHAN TAHUNAN UNTUK
SEKOLAH AGAMA RAKYAT (SAR)
Tahun 2008 (BN)………….TIADA
Tahun 2009 (PR)…………..RM1.50 juta
Tahun 2010 (PR)…………..RM1.75 juta
Tahun 2011 (PR)…………..RM1.75 juta
4. SUMBANGAN DAN PENGIKTIRAFAN AL-HUFFAZ
Tahun 2008 (BN)…………TIADA
Tahun 2009 (PR)………….RM75,000.00
Tahun 2010 (PR)………….RM100,000.00
Tahun 2011 (PR)………….RM130,000.00
5. SUMBANGAN EHYA’ RAMADAN (KEPADA SELURUH
MASJID)
Tahun 2008 (BN)…………TIADA
Tahun 2009 (PR)………….RM213,000.00 setahun
bermula tahun 2008 selepas ambil alih pentadbiran negeri
6. PROGRAM BULANAN AL-QURAN
Tahun 2008 (BN)……….TIADA
Tahun 2009 (PR)………..RM100,000.00 setahun
*FAKTA ADALAH DARIPADA JABATAN HAL
EHWAL AGAMA ISLAM PULAU PINANG
Saya tidak pasti sama ada berita ini
mendapat tempat dalam media arus perdana tetapi percaya ianya tidak dilaporkan.
Apa yang dilaporkan lebih merupakan laporan negatif yang mencemuh dan memberi
gambaran buruk terhadap pentadbiran negeri semata-mata kerana ia diterajui oleh
DAP.
rencana Dari sahabat Kuda Ranggi..
Nota : Bukan nak bodek , penulis dok di Penang kita tau, apa yang berlaku, malah Abu Luqman pun pernah terima bantuan RM 300, bumbung kena ribut tahun 2009.. dan banyak lagi perkara akan di seritakan di blog ini..tungguuuuuu..... kita buat keja je..
telah sekian lama..orang melayu dianak tirikan.Dulu pun cina juga
ReplyDeleteCuba bagi fakta dan figure pulak berapa pertubuhan cina pula dapat sebelum dan selepas
ReplyDeletepr12 dan bandingkan pula peratus perbezaannya dgn apa yang kita dapat.
kalau xbagi fakta org cina dapat brape pun dh bleh tgok kat fakta atas tu...daripada tiada jadi ada..kalau ada org cina dapat pun..mereka rakyat malaysia jugak..:)
ReplyDeletewallahua'lam..
apa fakta pun tak apa..depa bayar cukai bro..yang pentingnya dulu tak dapat..la ni dapat..mana baguihhhh..
ReplyDeletemacam mana cerita lembu 250 juta pun lum selesai
hapa tanya rumah yang nak sembah ke laut di tepi pantai Sg.Batu sapa bagi tongkol batu batu tambak laut bepuloh ribu ringgit/Hanya kerajaan P.Pinang yang sanggup hanya untuk satu rumah saja/
ReplyDeleteAgenda dari no. 3 hingga 6...2008 TIADA selepas itu ADA...tapi cerita tentang ADA selepas 2008 ni tak pernah pun diwar-warkan yer..yg ada la ni dlm berita.. P.PINang isu...DADAH..AMBIL TANAH MELAYU...CURI KERETA BESAR2RAN...PIL EXtesi dan seangkatan....alahaiiiii.....
ReplyDeleteKaum cina adalah pembayar cukai yg paling banyak, salahkan kaum dia juga dpt bantuan????, pemimpin malayu hanya mentedarah duit rakyat......
ReplyDeleteAllah Hu akhbar..panas tau...semoga Allah memberi ketenanga kepada anda
ReplyDeleteWhat happen to the political group now days.. Even religion want to be an issue..
ReplyDelete(http://syedsalleh.blogspot.com/)
Untuk masa skrg nammpak Islam lebih dibela berbanding sebelumnnya
ReplyDeleteKalau dah fakta, nak cakap macam mana pun tak boleh haha
ReplyDeletebesok lusa jadi mcm singapura baru menyesal tak sudah anak cucu kita...
ReplyDeleteya cik sri bahasa...sapa yg serahkan singapore pada LKY..DAP agaknya kot...
ReplyDeletecik seri tak baca sejarah nie..Tuanku Abdul Rahman la yang Bagi singapore kat PAP..UMNO lah tu..Genting Highlan sapa bagi
ReplyDeleteGenting Highlan sapa bagikat Lim Goh Tong. UMNO lah Bagi..wat tak tau pulak ye..
ReplyDeleteGenting Highlan sapa bagikat Lim Goh Tong. UMNO lah Bagi..wat tak tau pulak ye..
ReplyDeleteak x fanatik DAP, at least ap yg DAP buat sgt bgus berbanding parti komponen BN yakni Gerakan sblm pru12 yg tdk mmberikan ap2x sumbgn dlm mengiktiraf jasa2x guru2x KAFa...
ReplyDelete