Friday, May 4, 2012

Fuyoo ..ada Industri Haram Ketiga Terbesar Di Dunia ka...? jom usar

Burung Kakak Tua
RIO DE JANEIRO: Industri perdagangan haram hidupan liar kini bernilai AS$2 bilion setahun iaitu hanya menduduki tempat ketiga di belakang perdagangan senjata haram dan juga dadah.
Burung kakak tua biru, hijau dan kuning dari Amazonia, spesies monyet terkecil di dunia, penyu, anakonda dan harimau puma - semuanya jatuh di bawah kategori hidupan liar yang paling lumayan di dunia dan kinimenjadi ancaman di Brazil.
Penyu
Menurut sebuah badan bukan kerajaan di Brazil yang dinamakan Renctas atau National Network to Fight Trafficking of Wild Animals, 38 juta haiwan liar, 80 peratus daripadanya adalah dari spesies burung diburu dari hutan Brazil setiap tahun.
“Malang sekali, 90 peratus daripadanya mati ketika di dalam perjalanan dari tempat mereka ditangkap ke destinasi baru untuk dijual,” kata Rauff Lima, dari Renctas.
Walau pun kadar kematian ketika proses pengangkutan itu sangat tinggi, tetapi menurut Renctas, penyeludup tidak sedikit pun berasa gusar kerana hanya melalui satu jualan sahaja ia sudah memadai untukmenjadikan mereka kaya raya.
Harimau Kumbang
Pada tahun 2001, ketika Renctas buat pertama kalinya menerbitkan laporan mereka mengenai ancaman ke atas hidupan liar di hutan Brazil, mereka telah melaporkan burung kakak tua biru atau Little Blue Macawyang terakhir di dalam hutan telah diisytiharkan pupus dari muka bumi ini.
Burung itu yang pada asalnya menghuni wilayah Bahia di Brazil kini hanya tinggal 70 ekor sahaja - di dalam sangkar - di rumah pemilik haram di serata dunia.
Kisah mengenai kepupusan Little Blue Macaw ini telah mencetus pembikinan filem ‘Rio’ pada tahun lalu yang mendapat perhatian dunia.
Anakonda
Secara purata, pihak berkuasa Brazil telah berjaya menyelamatkan kembali 250,000 haiwan liar setiap tahun dari tangan para penyeludup ini.
Monyet Marmoset
Ini tidak termasuk tangkapan yang dibuat oleh Agensi Alam Sekitar Brazil atau Ibama.
Secara purata juga Ibama berjaya menahan kembali 45,000 ekor hidupan liar dari tangan penyeludup sepanjang tahun.
Kini yang menjadi kebimbangan pihak berkuasa Brazil ialah, burung kakak tua atau dari spesies macaw tidak lagi berupaya untuk mempertahankan diri mereka daripada para penyeludup.
Jadi setiap ekor burung kakak tua atau macaw yang dilepaskan kembali ke dalam hutan tidak dijamin akan selamat dari tangan penyeludup yang sama.
Brazil, negeri terbesar di Amerika Selatan adalah ‘rumah’ kepada 530 ekor spesies mamalia, 1,800 spesies burung, 680 ekor spesies reptilia, 800 jenis amfibia dan 3,000 jenis ikan.
Berdasarkan rekod Kementerian Alam Sekitar Brazil, 627 spesies telah pun dikategorikan sebagai pupus.
Kini memburu binatang liar adalah aktiviti yang diharamkan di Brazil kecuali binatang yang diberi kebenaran khas untuk tujuan pembiakan dan penyelidikan. Kredit to Mstar

3 comments:

Admin Blog Ini Tidak bertanggung Jawab ke atas komen anda yang menyinggung perasaan orang lain..