Apakah Hukumnya seorang lelaki berkhatan kali kedua ?
Apakah kelebihannya dari sudut agama dan kesihatan?
Sedangkan lelaki berkenaan sudah berkhatan sewaktu kecil dahulu.
Malah dia kini menjadi ayah kepada enam anak dan 5 cucu.
ANIDA,
Selangor
Berkhitan mempunyai kelebihan dari sudut agama dan kesihatan. Ini jelas apabila Rasulullah s.a.w bersabda: “Lima perkara termasuk (sunnah-sunnah) fitrah:
khitan, mencukur bulu kemaluan, memendekkan kumis, memotong kuku dan mencabut bulu ketiak.” (Muttafaq ‘alaih).
Kesemua sunnah fitrah yang disuruh Rasulullah di atas bertujuan menjaga kebersihan diri (taharah).
Ia adalah perkara penting bagi mencapai kesempurnaan agama seseorang selain bertujuan untuk menjaga kesihatan.
Menurut mazhab Shafie, berkhitan adalah wajib bagi kedua-dua anak lelaki dan perempuan.
Berlainan dengan mazhab Hanafi menganggap berkhitan hanya sunat.
Manakala mazhab Hanbali menghukumkan wajib bagi anak lelaki dan sunat bagi anak perempuan.
Bagi yang sudah dewasa atau tua, berkhitan untuk kali kedua hanya dibenarkan apabila khitan yang pertama tidak sempurna seperti kulit kemaluan tumbuh semula dan sebagainya.
Sekiranya ia hanya sekadar suka-suka, ia makruh atau membawa kepada haram kerana boleh mengabaikan nafkah batin kepada isteri. Hmetro
setakat ni..bersunat sekali je
ReplyDelete