Thursday, May 17, 2012

Terhot..Yang pukul Saya Polis Muda bukan polis tua , menurut kata Saksi


Pemberita The Sun

Pemberita yang mendakwa dipukul polis semasa perhimpunan BERSIH hujung bulan lalu dipanggil membuat pengecaman tetapi gagal mengenalpasti penyerangnya.

Selepas meluangkan setengah jam di ibu pejabat polis daerah (IPD) Dang Wangi, Radzi Razak daripada theSun berkata, seramai 20 anggota polis yang dibariskan untuk kawat cam itu terlalu tua.

NONERadzi berkata, ini berbeza dengan kenyataan saksinya sebelum ini bahawa polis yang memukulnya semua "muda".

Menurutnya lagi, beliau juga sebelum ini meminta polis mencari suspek berusia bawah 30 tahun.

"Saya harap semua ini akan berakhir segera kerana sudah lama pemberita diganggu oleh pihak berkuasa. Kita tahu polis cuma melakukan tugas, tetapi pemberita juga melakukan tugas mereka," kata Radzi.

Radzi berkata, beliau akan dipanggil untuk sesi pengecaman berikutnya pada Jumaat minggu depan. Malaysia kini

5 comments:

  1. yang selalu ..naik darah ni orang muda..bukan orang yang sudah tua

    ReplyDelete
  2. tu yang hantar orang tua..bagi tak cam

    ReplyDelete
  3. recruit2 baru ni kebanyakannya dari Sabah dan Sarawak.

    ReplyDelete

Admin Blog Ini Tidak bertanggung Jawab ke atas komen anda yang menyinggung perasaan orang lain..