Friday, June 8, 2012

Perghh Kena Sebji !!!! ‘Terima kasih’ kerana ‘tidak cerdik’ – Nik Aziz



KOTA BHARU, 7 Jun: Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, mengucapkan ‘terima kasih’ kepada pihak tertentu kerana telah berjaya memalukan perjuangan sendiri akibat tindakan 'tidak cerdik’. Ucapan terima kasih itu diberikan Tuan Guru kepada pihak yang menyerahkan peralatan membina lebuh raya di hadapan Kompleks Kota Darulnaim semalam yang dinamakan atas NGO Tukar seperti kereta sorong, penyodok pasir dan lain-lain lagi. Tuan Guru juga turut menyifatkan tindakan sedemikan sebagai memalukan orang Melayu yang dilakukan dengan tujuan untuk memalukan pihak yang lain (kerajaan negeri).




Beliau berkata demikian kepada media selepas menziarahi kedai menjual kereta terpakai milik anggota jawatankuasa Umno Bahagian Pengkalan Chepa, Kasuadinata Dollah, 46, di sini hari ini. Katanya, bangsa lain akan lebih menjauh dari Islam apabila melihat hanya ini taraf pemikiran orang Melayu yang berniat untuk memalukan sesama mereka. “Tanpa mereka sedari akhirnya akan memalukan diri mereka sendiri malah akan menimbulkan bangsa lain berasa benci untuk berkawan dengan orang Melayu kerana sikap sedemikian,” katanya lagi.

Menurutnya, orang Melayu yang tidak begitu mengetahui pegangan agama sendiri, tidak begitu kaya, tetapi berperangai pulak tidak senonoh di mata. “Insya Allah benda-benda begini akan terkena diri mereka sendiri akhirnya,” ujarnya. Sementara itu, Tuan Guru melahirkan rasa syukur kerana berpeluang menziarahi mangsa kereta terpakai yang terbakar, Kasuadinata. Pada kejadian 20 Mei lalu, tiga buah kereta terpakai yang akan dijual untuk pelanggan terbakar kira-kira jam 1.00 pagi dipercayai perbuatan khianat. Tafsir kerugian tiga buah kereta jenis Mercedes, Honda Jazz dan Myvi, bernilai RM250,000. Sementara itu, Kasuadinata mengingatkan Umno tidak lagi mengeluarkan janji untuk membantu masaalah rakyat di negeri ini, sekiranya kebajikan anggota parti sendiri tidak dijaga sebaik mungkin.

Katanya, tidak guna perjuangan yang dibawa untuk membela bangsa dan rakyat sekiranya kebajikan anggota parti apa lagi di kalangan pemimpin tidak dijaga. Beliau berkata demikian ketika mengulas pucuk pimpinan Umno Bahagian Pengkalan Chepa, termasuk Datuk Dali Hussin, yang tidak bertanya khabar berhubung insiden yang berlaku di kedai menjual kereta terpakai miliknya itu. Menurutnya, semua pimpinan Umno Bahagian Pengkalan Chepa tidak bertanya khabar apa lagi untuk menziarahinya yang dalam musibah. “Saya amat terkilan dan dukacita dengan tindakan mereka. Andainya kebajikan anggota parti sendiri tidak dijaga, bagaimana nak menjaga kebajikan rakyat khususnya di negeri ini. “Saya nasihatkan tak payahlah buat janji dengan rakyat kalau macam ni keadaannya,” ujarnya. Kusuadinata menjadi aktivis parti kira-kira 16 tahun lalu, termasuk isterinya yang juga Ketua Puteri Umno Bahagian Pengkalan Chepa.Harakah

4 comments:

  1. malu aku..kena sebiji..kalau anak buah ada masalah buat dek je

    ReplyDelete
  2. sedihla kalau nk kenal umno dgn harga yg mahal.

    baru nk tau setiakawan umno hanyala masa ada duit.jika musibah tanggung sendiri lah.

    itu baru musibah dunia kawan2 umno sudah abaikan...lum lagi musibah akhirat yg lagi laaahhh umno tklh tolong.

    nasib baik yg simpati tu TGNA yang berhati mulia.

    kalau hamba , hamba nk bisik je kat telinga dia tu.....PADE MUKO MU!(slow je)

    ReplyDelete

Admin Blog Ini Tidak bertanggung Jawab ke atas komen anda yang menyinggung perasaan orang lain..