Saturday, June 9, 2012
Masih Terhot !!! isu Beku PTPTN: Khaled bakal senasib Khir Toyo...Sah !! Rakyat Selangor Tolak BN ?
Umno telah memukul gendang menandakan bermulanya perang habis-habisan terhadap Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor dengan menjadikan anak-anak muda di Universiti Selangor (Unisel) dan Kolej Universiti Islam Selangor (Kuis) sebagai tebusan. Menteri Pengajian Tinggi mengarahkan permohonan pinjaman PTPTN untuk pelajar baharu Unisel dibekukan. Timbalan Perdana Menteri pula menyokong tindakan pembekun ini. Datuk Seri Noh Omar pula memberi kata dua-sama ada PKR mengaku silap isu pendidikan percuma atau pelajar menangung sengsara.
Terbaharu, PTPTN membenarkan pelajar Unisel memohon pinjaman pendidikan hanya selepas beberapa hari isu ini mendapat liputan meluas media massa. Keputusan flip flop ini mungkin tidak tahan dengan desakan dan kecaman pelbagai pihak termasuk parti komponen BN termasuk ahli Umno peringkat akar umbi yang menentangnya kerana menganiaya pelajar Melayu. Tindakan Menteri Pengajian Tinggi yang membekukan PTPTN dan disokong pula Timbalan Perdana Menteri adalah berniat jahat yang akhirnya memakan diri sendiri. Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata tindakan pembekuan ini adil tetapi selepas keputusan ini ditarik balik, apakah beliau berani mengatakan tindakan menarik balik pembekuan ini sebagai tidak adil?
Nampaknya kedua-dua Menteri dari Johor ini tidak tetap pendirian. Mereka mula kelam kabut kerana Johor yang menjadi kubu kuat Umno selama ini sedang menjadi sasaran utama Pakatan Rakyat. Pada pilihan raya akan datang, Pakatan Rakyat akan pastikan Johor bukan lagi deposit tetap bagi Umno BN. Kita percaya pembekuan ini ditarik balik kerana tidak tahan dengan desakan dalaman dan luaran atau juga Datuk Seri Khaled Nordin baru sedar bahawa pembekuan ini seumpama menggali kubur untuk dirinya dan Umno. Perlembagaan Persekutuan menyatakan bahawa semua negeri di Malaysia berhak mendapat peluang pendidikan yang saksama, tidak kira negeri itu ditadbir oleh pembangkang atau pemerintah yang menepati konsep Federalisme. Rakyat Selangor atau penduduk di Selangor membayar cukai lebih RM90 billion kepada Persekutuan atau 23% daripada pendapatan negara. Bagaimanapun, hanya RM370 juta sahaja diagihkan kepada Selangor dalam bentuk pelaburan pembangunan. Nilai ini sama sekali tidak sepadan dengan sumbangan yang diberikan Selangor kepada pembangunan negara. Jelas sekali, Persekutuan mengamalkan diskriminasi melampau terhadap Negeri Selangor.
Kita sedar Umno BN sangat terdesak untuk merampas semula Selangor. Namun, tindakan zalim membekukan pinjaman PTPTN adalah keterlaluan dan tidak pernah berlaku dalam sejarah negara. Tindakan ini menampakkan Umno BN telah mula beralih fokus kepada mempertahankan Kerajaan Pusat kerana keyakinan untuk dapatkan semula Selangor semakin tiada harapan. Umno BN telah berpatah arang untuk merampas semula Selangor. Kita berterima kasih kepada Khaled Nordin yang juga disebut-sebut bakal menggantikan Dato’ Abdul Ghani Othman, Muhyiddin dan Noh yang telah menggagalkan transformasi yang dicanang Perdana Menteri. Selepas ini, Khaled Nordin akan dijadikan kambing hitam sebagai punca kekalahan Umno BN, nasib yang sama dialami Dr Khir Toyo. * Faekah Hussin, Penulis adalah Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Selangor. Syabas Rakyat Selamgor..
apa pun bincang dulu ye
ReplyDeleteadakah pembekuan ptptn ini suatu rancangan bn/umno untok menyekat kemaraan muhyiddin?.bukankah muhyiddin menteri pelajaran?.sekarang ni tok jib sedang berhadapan dengan mahkamah perancis,ini membuatkan tok jib makan tak kenyang tidor tak lena.tok jib janganlah menembak muhyiddin rakyat jadi mangsa.apa pun rakyat tetap menolak kamu berdua.
ReplyDeletehehe masih panas..apa pun..mau tau, rakyat selangor penyumbang cukai terbesar Negara
ReplyDeleteApapun bagi pendapat saya,kalau geram sekalipun dengan pakatan rakyat,jangan libatkan pelajar.. Mereka ini orang yang tak bersalah..
ReplyDeleteyang bersorak riang adalah kaum lain...sebabnya Melayu semakin mundur dan tak maju-maju dek sebab Melayu berdendam sesama Melayu...hmmm...
ReplyDelete