Thursday, July 19, 2012

Fuyoo Terhot !!! [gambar] Kisah Insp Polis Pukul Pekerja Hotel



Baguih Punya Balun

Seorang inspektor polis didakwa telah memukul dua pekerja hotel dengan buntut pistol selepas bertengkar dengan salah satu pekerja di Seremban semalam.

NONEKejadian itu dirakam oleh CCTV hotel tersebut dan pihak
pengurusannya telah menyerahkan video itu kepada Ahli Parlimen DAP Rasah, Anthony Loke, yang kemudian memuat-naik video itu dan berkongsinya di laman Facebook beliau. (Bahagian 1,Bahagian 2)

Menurut Loke, inspektor tersebut telah pergi ke hotel berkenaan pada awal pagi semalam dan menginap di sebuah bilik sebelum membeli ais krim dari hotel tersebut.

Dipercayai inspektor tersebut terbabit dalam pertengkaran dengan salah seorang pekerja hotel (yang memakai topi dalam video) mengenai harga ais krim, yang seterusnya membawa kepada kejadian tersebut.

Loke memberitahuMalaysiakini bahawa inspektor tersebut telah memukul pekerja berkenaan dengan buntut pistol dan menariknya ke sebelah lain hotel dan dipukul lagi.
Ketika dihubungi, Ketua Polis Daerah Seremban Saiful Azly Kamaruddin mengesahkan bahawa polis telah menerima laporan berhubung kejadian itu.
Malaysiakini

17 comments:

  1. kita harapkan polis jaga keamanan la..ni .silap sikit balun

    ReplyDelete
  2. kerana attitude seorg polis,semua polis dipersalahkan..;(

    ReplyDelete
  3. Lucutkan jawatannya. Kerana menggunakan senjata kerajaan untuk memukul orang.

    ReplyDelete
  4. saya takleh tengok cerita2 gitu..pening kepala...apsal dengan harga aiskrim tu mahal bebenor ke?sampai nak tumbuk orang...

    ReplyDelete
  5. aiskrim punye hal pun sampai pukul org ke? akal letak kat mana la polis ni..

    ReplyDelete
  6. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  7. ni jenis celaka punya mat polis! takkan jenis ni ada sekor jer yg dlm pdrm! semalam ada video tunjuk mat polis tgh buli budak2. dulu boss pdrm cakap pasukan ada sop la, professional la, bla bla... tuan kpn, tolong ajarlah sikit budak-budak awak tu makna iman, sopan dan menghormati kemanusiaan! sedih aku tengok mat-mat polis biadap ini bertindak. kepada abg polis yg baik, gua angkat kopiah tanda hormat.

    ReplyDelete
  8. kita tunggu penjelasan pihak polis pulak..

    ReplyDelete
  9. apa pun kita tunggu ..pihak terbabit ambil tindakan

    ReplyDelete
  10. Pasal ais krim? Mungkin bila polis bertambah naik angin bila perkerja hotel tu kata ' kalau nak ais krim free., lu hisap ais krim sendiri la'.. Agaknya la

    ReplyDelete
  11. Pasal ais kerim? mungkin polis tu mengamuk bila pekerja hotel tu kata ' kalau nak ais kerim free, lu hisap ais kerim sendiri la' ., agaknya la kot

    ReplyDelete
  12. macam tula..depa ni kena berubah

    ReplyDelete

Admin Blog Ini Tidak bertanggung Jawab ke atas komen anda yang menyinggung perasaan orang lain..