Friday, July 6, 2012

Panas !!! Promosi Arak di Pasaraya , pada Bulan Ramadhan..apa tindakan pihak berkuasa & menteri agama?


PETALING JAYA: Langkah sebuah pasaraya di Sri Petaling membuat promosi arak Carlsberg dengan meletakkannya 'Ramadhan Sale' menyemarakkan darah umat Islam menjelang Ramadhan ini.

Iklan itu yang kemudiannya dimasukkan dalam facebook sekejap sahaja sudah menerima puluhan komen dari pengguna laman sosial itu.

Posting gambar iklan ini dibuat melalui facebok milik Lajnah Penerangan Dppsa (Dewan Pemuda PAS Shah Alam) dan beberapa pemilik lagi  telah mendapat pelbagai reaksi dari orang ramai.



Ramai yang marah-marah namun ada juga yang agak rasional dengan berkata, mungkin ianya dibuat oleh orang Bukan Islam yang tidak faham.

Oleh itu, mereka yang terjumpa iklan sebegini sepatutnya terus membuat bantahan kepada pihak pengurusan pasaraya ini.

Iklan ini seumpama promosi daging babi panggang yang dibuat oleh akhbar MCA, The Star dalam bulan Ramadhan yang lalu.

The Star telah menerima amaran ekoran penyiaran itu.

Namun pihak Kementerian Dalam Negeri (KDN) terus juga memberi amaran apabila The Star membuat satu lagi kesilapan apabila menyiarkan tulisan dan gambar penyanyi Amerika, Erika Badu yang bertatu nama Allah di dadanya yang telanjang.harakahdaily


nota : awat ada orang Islam minum arak dibulan Ramadhan ka..ini satu penghinaan kepada umat Islam ,.mesti ditentang..

10 comments:

  1. inilah kalau ..pihak berkuasa dok buat apa..kena pantau la

    ReplyDelete
  2. xpatot!!!! mana pi nyeee yang bertanggungjwab....?

    ReplyDelete
  3. takde ke seorang pun pengunjung islam yang lalu lalang kat situ yang berani tanggal dan buangkan tanda harga tu..?

    ReplyDelete
  4. mmg ajaran kurang!!nape la bab2 ni xnak lak ade operasi besar besaran..ish2

    ReplyDelete
  5. ..wat pe depa tu...kalau ..yang lain cargas je

    ReplyDelete
  6. ini salah satu kejayaan jmil khir & jahkim dlm usaha menghina islam krna jmil khir lebih takut murka soi lek dr murka allah...

    ReplyDelete
  7. dulu-dulu tak jadi macam ni...sekarang ni mereka bebas buat apa saja...salah siapa?

    ReplyDelete
  8. weiii ingatkan nak bikin entry pasal ni..kat sini sudah sampai berita hahaha..takpa...beri laluan je dekat kamu ...


    mmg dah kes teruk sangat-sangat....agama islam mudah diperkotak katik kan .. benda cenggini sepatutnya kena dipantau...pihak teh stor macam buta ... takkan takde supervisor pantau kot...mmg lepas ni nama the stor busuk ler...

    ReplyDelete
  9. Banyak sangat yg terlepas pandang..ker memang segaja dilepas kan pandang...

    ReplyDelete
  10. Salam tuan tanah.. Banyak sori.. dah rembat artikel ni, letak dalam blog kapcai wa..

    ReplyDelete

Admin Blog Ini Tidak bertanggung Jawab ke atas komen anda yang menyinggung perasaan orang lain..