Riduan Mohd Nor
KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) melihat kerajaan BN berada dalam keadaan terdesak sehingga terpaksa meminta Polis Diraja Malaysia (PDRM) berbaiah dengan kerajaan untuk membantu mengharmonikan negara.
“Bagi DPPM, tindakan kerajaan dilihat usaha untuk memastikan pegawai PDRM terus terikat dengan kerajaan sama ada masih bekerja ataupun sudah pencen,” kata Ketua Penerangannya, Riduan Mohd Nor.
Ini, ujarnya berdasarkan kepada sentimen pegawai tinggi polis kebelakangan ini menyertai Pakatan Rakyat seperti Datuk Fauzi Shaari, bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman serta ura-ura ada bekas pemimpin tertinggi lain PDRM yang dikatakan akan menyertai PAS tidak lama lagi.
“Cadangan ini dilontarkan mungkin kerana kerajaan BN merasa gerun dengan kebangkitan rakyat dan penyertaan bekas pegawai tinggi kerajaan khususnya dari PDRM memberi impak yang besar kepada UMNO-BN dalam PRU13,” ujarnya dalam satu kenyataan.
Justeru, kata beliau DPPM merasa musykil mengapa sekarang kerajaan mahu PDRM berbaiah dengan mereka.
“Apakah selama ini PDRM tidak berbaiah negara tidak berada dalam keadaan aman dan harmoni?
“Apakah Perdana Menteri menaruh perasaan syak wasangka kepada PDRM bahawa PDRM akan membelot atau mengkhianati tugasan mereka jika mereka tidak berbaiah?” tanya Riduan.
Beliau berkata, DPPM bersetuju dengan pandangan Datuk Fauzi Shaari bahawa tidak perlu PDRM berbaiah kerana jika anggota polis memahami kerja mereka satu ibadah, mereka harus bekerja dengan jujur, amanah dan bersungguh-sungguh.
DPPM juga, ujarnya merasakan yang penting bukannya baiah, tetapi tarbiyah diterapkan dalam diri setiap anggota PDRM supaya berlaku jujur, amanah, integriti serta menjauhi rasuah.
Dalam hal ini, kata beliau kerajaan tidak perlu menyekat pegawai kerajaan agar terus menyokong mereka melalui baiah yang dicadangkan.
“Hormati nilai demokrasi yang memberi pilihan kepada rakyat memilih parti yang mereka suka, dan itu adalah hak mereka di negara ini,” katanya lagi. Harakahdaily
Politik skrg cam kartun.....PAS ngan peranginya....UMNO ngan perangainya...baik bersatu jela....orang kafir seronok tgk melayu berpecah belah.....memasing buang ego ler.......kalo betul ko ni jujur, harap ko publish komen aku ni...
ReplyDeletesebab sekarang ramai dah sokong pAS
ReplyDeleteMana ada ramai sokong PAS..ramai dah jadi lalang skrg...kena suap skit puji tang tu...belah sini suap skit puji tang ni plak......xde pendirian..
ReplyDelete