Monday, August 6, 2012

Isu Panas !!! Royalti Minyak : Tun Razak janji, Najib khianati

Dato Mahfuz

KUALA LUMPUR: Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar (gambar)mencadangkan supaya tindakan kerajaan Umno mengkhianati perjanjian menjadi isu utama perbincangan mengenai royalti minyak kepada negeri Kelantan.

"Pada 12 Disember 1975, Perdana Menteri ketika itu, Tun Abdul Razak Hussein telah berjanji di dalam Parlimen membayar royalti dalam bentuk tunai sebanyak lima peratus kepada negeri Kelantan dan negeri-negeri lain yang mengeluarkian hasil minyak.

"Perjanjian juga dibuat dengan Petronas pada tahun yang sama di mana Petronas memberi komitmen untuk membayar royalti tunai sebanyak lima peratus setahun bagi hasil minyak yang ditemui di di kawasan pantai Kelantan dan pesisirnya di mana perjanjian itu ditandatangani oleh Menteri Besar Kelantan pada ketika itu, Datuk Mohammad Nasir dengan Pengerusi Petronas ketika itu, Tengku Razaleigh Hamzah.

"Tetapi, tanpa rasa malu dan rasa bersalah sedikitpun, anak Tun Razak sendiri yang kini menjadi Perdana Menteri mengkhianati perjanjian itu," katanya.

Bagi Mahfuz, apabila Perdana Menteri mengajak kerajaan Kelantan berbincang mengenai royalti minyak itu, ia jelas memperbodohkan ayahnya sendiri.

Beliau mempersoalkan, adakah Najib hendak memberi gambaran bahawa ayahnya dahulu tidak berbincang sebelum membuat janji di dalam Parlimen itu?

"Ajakan untuk berbincang itu hakikatnya memperbodohkan ayahnya sendri yang membuat keputusan memberikan royalti tersebut berdadarkan Akta Kemajuan Petroleum 1974," katanya.

Mahfuz menyifatkan ajakan Najib untuk berbincang itu sebagai tindakan terdesak bagi menghadapi pilihan raya umum.

"Najib yang semakin kelihatan begitu takutkan pilihan raya sengaja berbuat demikian dalam usaha terdesak untuk memberikan gambaran yang positif tentang dirinya.

"Saya yakin usaha terdesak itu akan memakan diri kerana rakyat sudah tidak percayakan Najib yang mengkhianati serta tidak menepati janji yang dibuat oleh ayahnya sendiri.

"Kerajaan Najib hanya pandai berbohong sahaja kononnya janji ditepati" kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu yang yakin rasa sakit hati rakyat kepada Najib kini kian parah berikutan pelbagai tindakan kerajaannya kini termasuk dakwaan terhadap Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli semata-mata kerana mendedahkan penyelewengan dalam projek lembu Perbadanan Fidlot Nasional (NFC).

Semalam, Menteri Besar Kelantan Datuk Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat memberitahu, Perdana Menteri telah menghantar surat kepadanya, memintanya menghantar wakil untuk membincangkan pembayaran royalti minyak negeri tersebut. Harakahdaily

No comments:

Post a Comment

Admin Blog Ini Tidak bertanggung Jawab ke atas komen anda yang menyinggung perasaan orang lain..